De Profundis – The Corruption of Virtue [Full Length, 2022]

0

Kami pernah mengulas terbitan De Profundis sebelum ini pada 2018. Kali ini, unit Death Metal dari United Kingdom ini kembali  dengan album baharu ‘The Corruption of Virtue’ yang diterbitkan melalui Transcending Obscurity Records.

Ini kali pertama saya mendengar De Profundis dan saya agak terpesona dengan apa yang dihidangkan dalam album ini. Ia adalah Death Metal yang bernuansa klasik diwarnai sentuhan Progressive, Technical dan juga riffs yang bermelodik yang menampakkan pengaruh daripada Death, early Opeth dan early At The Gates. Antara highlight album ini adalah bass yang kedengaran melantun-lantun berbunga mengelilingi riffs gitar serta kedengaran warm. Gitar pula agresif dan mencabar dengan approach Progressive dan Technical selain solo yang sedap dan kena dengan vibe dibawakan. Ini dilengkapkan dengan vokal yang croaking garang diiringi drumming yang sempoi tanpa perlu berbunyi overproduced. Menariknya semakin ke penghujung album, De Profundis menjadi semakin catchy dan garang! 

Durasi album selama 38 minit ini menawarkan throwback kepada era klasik Death Metal dengan kuliti rakaman dan adunan yang terasa organik dan cukup-cukup aje lengkapnya. Tidak terlalu digital, tidak berbunyi robotik dan paling penting membawakan semangat Death Metal di zaman kegemilangannya (I would say this album reminds me of early to mid 90s) yang giat menampar pendengaran. The Corruption of Virtue bukan sahaja ditulis dengan baik, malah executed nicely yang menjadikan pengalaman mendengar album ini seakan dilanggar keretapi sampai berkecai dek permainannya yang garang. It’s a decent release, to be honest.

The Corruption of Virtue kini terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Death, Opeth, At The Gates, Obscura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected