Live Burial – Curse of the Forlorn [Full Length, 2022]

0

Unit Death Metal dari UK, Live Burial telah kembali dengan album penuh terkininya ‘Curse of the Forlorn’ yang diterbitkan melalui Transcending Obscurity Records pada hujung September 2022. Album ini mempunyai campuran sound daripada era Death Metal klasik yang digaul mesra dengan Doom Metal, sedikit Thrash Metal dan pelbagai lagi.

Curse of Forlorn berdurasi 47 minit dengan 7 trek yang harrowing dan torturing. Selain daripada permainan gaya Death Metal yang punishing, terdapat trek-trek yang memanfaatkan approach Doom Metal yang merangkak ala early Paradise Lost, Asphyx dan Hooded Menace. Ada juga trek yang menggila dengan blastbeat bagai nak pecah drumkit. Saya tertarik untuk mendengar Curse of the Forlorn sebaik sahaja mendengar tone gitarnya yang crushing di trek pembukaan. Ini dimantapkan pula dengan songwriting yang membangkitkan rasa uneasy. Vokal pula terkebelakang dalam mix, jadi berbunyi macam bergaung. Rasa macam dengar setan memekak dalam gua pun macam ye jugak. Semua ini digabung ini memberi Curse of the Forlorn kekuatan  dari segi execution yang tight dan violent, of course the old school way. 

Curse of the Forlorn mempunyai approach old school dan modern yang seimbang melalui dinamik yang berubah-ubah, tone gitar reminiscence of 90s Doom/Death, dan brutality yang takde kompromi. Saya sebenarnya agak impressed dengan kualiti album ini yang cukup bertenaga dan ditulis baik yang defy segala expectation saya tentang band-band yang mencampurkan sound Doom/Death ini. It could still be brutal, it could still be slow and it could still sound menacing. Recommended!

Curse of the Forlorn kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Asphyx, Unleashed, early Paradise Lost, Skeletal Remains, Thorn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected