Coexistence – Collateral Dimension [Full Length, 2020]
Saya seringkali berhati-hati apabila direkomen mendengar band Progressive/Technical Death Metal. Pengalaman mendengar band yang menawarkan skill over the top, tak tercapai akal dan relenteless chops yang sometimes tak meninggalkan kesan pun buat saya malas nak layan. Tapi terbitan Coexistence yang terbaru ni cerita lain.
‘Collateral Dimesion’ merupakan album penuh sulung Coexistence yang diterbitkan melalui Transcending Obscurity Records pada hujung Oktober 2020. Album yang nampaknya berkisar perihal sains fiksyen dan angkasa lepas ini buat saya tertarik untuk dengar.
Collateral Dimension mempunyai segalanya yang anda mahu dari terbitan Prog-Tech Death Metal. Sound padu, agresif secukupnya, teknik yang mengagumkan (tanpa perlu over the top), dan creativity yang padu dalam membuat album ini sedap didengar. Saya tak boleh mengelak drawing comparison dari band Tech Death lain seperti Atheist, Cynic, Job for a Cowboy, dan sebagainya memandangkan elemen tech/prog yang cukup rich dalam album ini: bass yang melantun (mungkin fretless), on the dot drumming, elemen jazz sama ada dalam gitar atau dram, vokal yang brutal secukup rasa, ambient/build up yang best, melodi yang ever present di setiap trek memberi texture yang layered, namun melengkapi sesama sendiri. Check out the guitar solos, ini adalah salah satu guitar works yang terbaik saya dengari sepanjang tahun ini.
Saya cukup enjoy journey album ini yang membawa feel yang intense, ada kala terasa spacey, ada masa nak menunjuk sedikit skill yang ada namun cukup seimbang jadi takde terasa muak apabila mendengar. Saya perlu tekankan, apa yang dihidangkan tidaklah groundbreaking. Namun saya merasakan mereka masih menawarkan full album yang decent dan tak terlalu taksub untuk menjadi terpaling teknikal. A decent release, but I’m hoping to see more improvement in the future.
Collateral Dimension kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Atheist, Job for a Cowboy, Cynic, Beyond Creation