Kembali semula ke zaman silam.. Zaman Malaysia dilanda demam irama Thrash Metal. Zaman dimana wujudnya segelintir komuniti yang memperjuangkan irama bergenre laju, bunyi bising dari distortion kuning, double bass drum merajai studio rakaman dan persembahan live, generasi2 ini antara yang muak dengan lagu slow rock lantas pengaruh dari music luar dibawa dengan acuan sendiri di Malaysia ini. Generasi2 Thrash Metal awal Malaysia seperti Nemesis, Punisher, Slap Death, FTG, Cromok, Picagari mendapat suntikan awal dengan pengalaman persembahan2 live namun hanya beberapa buah band sahaja yang berpeluang merakamkan album sendiri seperti Cromok dan FTG. Tidak ketinggalan juga sebuah band yang sepatutnya dikenali oleh warga metal sekarang kerana mereka ini juga antara band yang memeriahkan industri Thrash dan Heavy Metal tempatan. Meraka ialah Black Skull.
Black Skull
Ogy (gitar & vocal), Leman (drum), Acong (bass).
Black Skull – Blind Side Still Remain (1994)
Ilustrasi Artwork oleh Fathul & Cover Design oleh Lee Omar
Tracklist :
01 – Blind Side Still Remain
02 – Rule The Game
03 – Lost In Lust
04 – Destiny
05 – Roar (Instrumental)
06 – Silent Pain
07 – Wasted Cry
08 – Slave Of Mistake
09 – Dont Be A Shit Crowd
Album penuh yang mengandungi 9 buah lagu (termasuk sebuah lagu instrumental) ini diterbitkan oleh Suara Cipta Sempurna (SCS Record) Sdn Bhd pada 1994. Rakaman dijalankan di King Studio oleh Danny dan melalui proses mixing dan mastering oleh Jig, Ogy dan Zairi. Kesemua lagu di cipta oleh Black Skull manakala lirik ditulis oleh Ogy.
Jika diteliti genre Thrash Metal yang dibawa oleh Black Skull boleh dihidu pengaruh mereka seperti Sacred Reich, Exodus, Annihilator, Metallica,serta sedikit Sepultura (old) dan beberapa band besar luar negara yang hebat2 belaka. Muzik Thrash bawaan Black Skull juga boleh dikatakan punya unsur speed thrash (bukan speed metal solo bergulung mcm band Power Metal) dimana riffing dan drum attack yang agak thrashing. Penyampaian vocal oleh Ogy jugak bersesuaian dengan bentuk muzik yang mereka cipta. Solo2 Black Skull juga punya jiwa yang baik untuk genre seumpama ini. Tidak terlalu teknikal untuk penyampaian susunan irama 4X4 ini. Dentuman drum oleh Leman juga baik dan ianya sememangnya berjiwa Thrash Metal.
Lagu2 yang terdapat didalam album ini majoritinya laju2 belaka. Tidak perlu di bandingkan dengan Cromok atau FTG kerana Black Skull punya acuan music mereka tersendiri. Track ke 3 bertajuk “Lost In Lust” merupakan sebuah lagu perlahan dan hanya kedengaran bunyi distortion gitar di pengakhiran lagu. Lagu ini mengingatkan gua pada susunan lagu dari FTG bertajuk “Dream” dari album “Spirit To Rebel” dan “Song From Unwanted Child” dari album “To The Front”. Track bertajuk “Rule The Game”, “Destiny” dan “Silent Pain” merupakan track2 yang boleh menggegarkan kepala otak anda dan juga pengunjung persembahan Black Skull satu masa dahulu. Namun lagu bertajuk “Blind Side Still Remain” mungkin menjadi taruhan utama album ini jika dikira dari susunan lagunya yang agak kompleks jika dibandingkan dengan track2 yang lain. Album yang berdurasi hampir 40 minit ini terdiri dari lagu2 yang berdurasi antara 2 minit 46 saat (kita tolak instrumental bertajuk “Roar” yang hanya berdurasi 1 minit 28 saat) hingga 6 minit 44 saat.
Ok, itu sahaja untuk kali ini. Black Skull telah berkubur (Ogy menubuhkan ABOI setelah Black Skull berkubur), mungkin juga perlu untuk ketiga2 mereka kembali menghangatkan industri music bawah tanah tempatan.Siapa tahu… Yeahhh m/
Pernah dengar sekali lalu tapi tak melekat jadi diabaikan dan sekarang tak ingat dah apa yang diorang mainkan.
ok lg dr gua yg hanya penah dgr 1 lagu kemudian tercari2 sampai x jumpa.. skrg baru dpt semula.. too RARE bro..
member dok cri pon tk dpt jgak
member dok cri balik pon tk jumpak2 lg
kalau jumpak bleh boh dalam frame.. haha
Rasa2 klau diorng ni perform semula pun ok gak