Bicephalic – Bellows of the Black Depths [EP, 2021]

0

Unit USBM , Bicephalic kembali dengan EP terkini mereka iaitu Bellows of the Black Depths. Ia merupakan EP mereka yang kedua untuk tahun ini dan wah, produktif jugak ye dalam zaman pandemik begini. Bellows of the Black Depths masih setia dengan stail Black Metal Eropah 90an sebagaimana EP mereka tahun lepas iaitu Nihilistic Dreams of an Empty Forest. Saya kira ini memang appealing untuk pendengar veteran Black Metal yang membesar dengan 2nd Wave Black Metal yang kering, violent dan menacing.

Sekalipun kualiti rakaman dan mix yang dry, saya kira ia appropriate dengan direction yang Bicephalic bawa, malah ia seakan satu tabik hormat kepada subgenre Black Metal yang melebarkan pengaruh muzik sebegini ke seluruh dunia. Dengarkan saja gitar yang tajam-tajam, dram yang chaotic membelasah namun terkebelakang sedikit dalam adunan, vokal yang parau bak katak ( sebenarnya mengingatkan saya kepada Abbath) dan surprisingly, bass clear as a day. 

Kehadiran bass (tidak seperti EP 2020) memberikan structural integrity kepada susunan lagu-lagu dalam EP ini yang lebih crispy dan visceral. Pada saya terbitan kali ini terasa lebih padu daripada sebelumnya melalui songwriting yang lebih catchy dan memorable, namun masih mengekalkan stail dan execution yang serupa.  Personally, saya fikir Bicephalic mempunyai appeal kepada pendengar yang masih worship 2nd Wave Black Metal melalui sound, style dan attitude yang ditampilkan. Urghhh!

Bellows of the Black Depths kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Gorgoroth, Taake, Tsjuder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected