Rêvasseur – In Doubtless Memory [EP, 2021]

1

Sehingga hari ini, pengetahuan saya tentang scene Metal Vietnam adalah sangat terhad. Namun saya bertuah apabila dihubungi oleh sebuah label dari sana iaitu House of Ygra yang kini telah mengeluarkan EP terkini sebuah band Melodic Death Metal, Révasseur berjudul ‘In Doubtless Memory’ pada Oktober lepas.  Macam mana agaknya yek?

Dengar saja trek pertama, jelas sekali inspirasi Rêvasseur terarah ke sound Swedish Melodic Death Metal seperti In Flames, Dark Tranquillity dan At the Gates. Secara spesifiknya, Rêvasseur bertumpu kepada stail Swedeath circa 90an, jadi anda boleh expect sound twin guitars yang dimainkan berharmoni dan berbaur antara NWOBHM dan Death Metal. Di zaman ini yang mana Melodic Death Metal selalu dikaitkan dengan Metalcore (gara-gara banyak band cilok riffs ATG dan In Flames), Rêvasseur nampaknya hampir bersih daripada elemen ini. Hanya Melodic Death Metal, and nothing else. Malah saya merasakan Rêvasseur mengidolakan In Flames melalui riffs dan lenggok permainan mirip lagenda Melodic Death Metal ini.

Bercakap tentang EP ini, ia bagaikan throw back kepada era Melodic Death Metal baru nak meninggalkan impak kepada dunia; riffs yang bergaya dan garang, rough on the edges, catchy untuk appeal kepada semua pendengar Metal dan paling penting, bebas daripada elemen Melodic Death Metal hari ini (nak kata pure pun tak jugak). Yang penting saya suka vibe yang dihidangkan. Cukup mengancam namun takdelah sampai berbahaya seperti Black Metal. Senang cakap, ini jenisan muzik yang anda tak segan nak blast kuat-kuat. Overall quality untuk EP ini adalah bagus, sekalipun tidaklah crisp clear seperti production era sekarang, agaknya untuk kekal seperti band-band idola mereka. Which is fine, dan saya pun rasa it’s part of the appeal. Dengan formula yang confirm menjadi untuk Melodic Death Metal, sekarang yang tinggal hanyalah untuk Rêvasseur meneroka sound sendiri yang original di keluaran akan datang. Nice.

In Doubtless Memory kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: In Flames, Dark Tranquillity, At the Gates, Gates of Ishtar

1 thought on “Rêvasseur – In Doubtless Memory [EP, 2021]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected