Białywilk – Zmora [Full Length, 2023]

0
Białywilk Zmora

Białywilk merupakan sebuah solo projek Atmospheric Black Metal berasal dari Amerika Syarikat yang telah pun mengeluarkan album terbaharu berjudul Zmora melalui Vendetta Records dan Vita Detestabilis Records. Zmora merupakan terbitan penuh kedua Białywilk yang meneroka tema sleep paralysis dan insomnia.

Basically, it’s a sonic journey detailing the neverending terror la.

Zmora menawarkan 6 trek termasuk intro dan outro berdurasi 31 minit. Pada saya, Zmora kedengaran raw dan harsh sekalipun mengekalkan feel Atmospheric Black Metal di kebanyakan tempat melalui build-up ambiance, blazing fast Black Metal parts dan hopeful/uplifting parts yang saling melengkapi. Memandangkan album ini berkisar tentang sleep paralysis dan insomnia, penulisan lagu dan susunan muziknya mempunyai motif malam yang hening (intro dan outro) interrupted by panic attack (diwakili dengan furious Black Metal style) in between. Basically, it’s a sonic journey detailing the neverending terror la. It’s uncomfortable and horrifying, I can tell, terutamanya apabila perkara yang melibatkan kewarasan dan emosi.

Ia memberikan feel malam yang hening dan jiwa terawang-awang antara sedar dan lena.

Musicwise, saya menggemari trek pertama dan terakhir yang memanfaatkan stail Dark Ambient ala Wolves in the Throne Room di era Celestite. Ia memberikan feel malam yang hening dan jiwa terawang-awang antara sedar dan lena. It’s really interesting. Trek pertama dan kedua sebenarnya mengulangi motif muzik yang hampir serupa. Manakala the rest of the tracks adalah stail Atmospheric Black Metal yang bergaung, harsh dan raw ala Agalloch, Falls of Rauros dan Altar of Plagues. Cumanya Białywilk seakan struggle untuk menghasilkan riffs yang memorable dan catchy. Untuk sebuah album yang meneroka tema yang heavy dan serius, kekurangan ini macam sedikit let down lah. Mungkin juga permainan dan melodi yang dihasilkan kedengaran heard it before lantas membuatkannya tak melekat sangat di telinga. Apa pun, ini sekadar pendapat saya. Anda mungkin akan menyukainya. 

Zmora kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.

FFO: Wolves in the Throne Room, Agalloch, Falls of Rauros, Altar of Plagues

Ikuti Białywilk di:
Instagram

Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected