Autrest – Follow the Cold Path [Full Length, 2023]

0
Autrest Follow the Cold Path

Kalau anda tak pernah dengar nama Autrest, sekarang adalah masanya. Autrest merupakan projek solo Atmospheric Black Metal dari Brazil yang telah mengeluarkan album sulungnya ‘Follow the Cold Path’ melalui Northern Silence Productions untuk format fizikal (versi digital keluar lebih awal pada Februari 2023).

Autrest

Pertama kali meneliti maklumat Autrest, saya agak kagum juga. Jarang dapat dengar material Atmospheric Black Metal dari Amerika Latin, jadi saya takdelah menetapkan sebarang expectation. Follow the Cold Path mengikuti jejak band-band Atmo-BM yang staple dalam genre ini seperti Saor, Caladan Brood, Eldamar dan juga to some extent, Emyn Muil dan Summoning. Pendengar akan menikmati trek-trek panjang yang bersandarkan wall of sound gitar, vocal yang kaya dengan reverb dan terkebelakang dalam mix, mood yang ethereal (ada feel melambung-lambung ke awan) dengan tema berpaksikan alam semulajadi. Follow the Cold Path feels like a journey towards icy peaks, sebab tu ada feel sejuk-sejuk, hutan-hutan.

Follow the Cold Path feels like a journey towards icy peaks, sebab tu ada feel sejuk-sejuk, hutan-hutan.

Album ini dibuka dengan December Dusk dengan build-up yang impressive dan glorious melalui pembukaan oleh keyboard yang dingin sebelum disusuli gitar, dram dan vokal yang explosive. Ini menetapkan mood untuk seluruh album yang pretty much uniform; melancholic, grim, hopeful dan majestic. Menariknya Follow the Cold Path mempunyai dinamik naik turun yang memberi breathing space kepada pendengar. Kiranya takdelah membalun Black Metal memanjang. Ada yang mempunyai texture dan feel seperti Post-Rock/Metal dengan gitar yang uplifting (dan aggressive pada masa yang sama) dan juga penutup yang ada feel Ambient (ada feel hening dan calm seakan-akan berjaya sampai ke puncak salji!). 

Menariknya Follow the Cold Path mempunyai dinamik naik turun yang memberi breathing space kepada pendengar.

Satu-satunya complaint saya adalah, it feels a bit too long for every track sebenarnya. The album is beautifully written tapi dengan build-up dan conclusion untuk setiap lagu seakan terlalu panjang buat saya jadi lemau pula. Daripada segi adunan pula, album ini memang mengikut formula Atmospheric Black Metal; mix yang sedikit teredam dan jumlah reverb yang abundant. Agak play safe jugak kalau ikutkan, but for a first album, saya kira boleh tahanlah. Saya syorkan untuk anda dengar pada hari hujan dan sejuk, it will give you a whole different feeling.

Follow the Cold Path kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Saor, Caladan Brood, Eldamar dan juga to some extent, Emyn Muil, Summoning, Unreqvited

Ikuti Autrest di:

Bandcamp

Facebook

YouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected