Åskog – Varg [Demo, 2020]

0

Jarang saya jumpa demo Black Metal yang properly done iaitu dirakam baik, mempunyai struktur yang jelas dan musicianship yang tak crappy. Kita semua maklum yang terbitan berstatus demo biasanya sekadar memperkenalkan band dan kemampuan serta idea muzik mereka, jadi kira macam boleh maafkan la kalau demo yang berbunyi buruk.

Namun ‘Varg’ yang menawarkan 2 trek (3 trek untuk versi kaset) memadamkan stigma saya tentang rakaman demo dan membuktikan sebaliknya. ‘Varg’ membawakan Black Metal bercampur baur Doom, Death dan Heavy Metal dalam arrangement mereka yang pada pendapat saya dibuat cukup catchy. Riff gitar yang sinister dan melodic (macam Immortal sebenarnya) banyak memandu demo ini, di samping solo gitar yang berinspirasikan Heavy Metal yang obviously lebih evil daripada standard. Seriously, solo gitar mereka adalah antara extra point demo ini. Tidak dilupakan vokal yang antara snarling dan meneran membangkitkan ketakutan. Drumming pula kemas dan takde merapu-rapu. ‘Varg’ adalah satu penyampaian idea yang kemas untuk demo sebuah band yang baru ditubuhkan pada awal tahun ini dan direkod pada 3 bulan lepas. Saya fikir mereka tahu matlamat dan mempunyai chemistry yang mantap untuk membuatkan demo ini satu terbitan yang kukuh dan put some full album release out there to shame. Saya rekomen demo ini kepada peminat Black Metal atau pun yang curious nak tau apa yang bagus sangat tentang mereka ini.

Varg kini terdapat dalam format kaset dan muat turun digital.

FFO: Immortal, Dissection, Kvelertak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected