Arcane Existence – Colossus [Full Length, 2021]

0

Kalau anda mahukan Black Metal yang bombastik dan over the top, look no further than Arcane Existence. Unit Symphonic Black Metal dari AS ini telah mengeluarkan album penuh kedua mereka yang berjudul Colossus pada hujung Ogos 2021. Colossus menawarkan 13 trek yang memakan durasi hampir sejam. 

Dengar saja trek pertama, saya dah boleh agak band-band yang mempengaruhi direction Arcane Existence. Jelas sekali berkiblatkan Dimmu Borgir, Cradle of Filth, Crach Angren, Hecate Enthroned, Abyssos, Abigail Williams dan Emperor dengan elemen Symphonic yang mendominasi performance mereka untuk feel yang majestic dan mysterious. Dengan riffs yang bermelodic dan liar memandu Colossus, ia turut dimantapkan dengan clean vocals yang mengingatkan kepada Sarah Jezebel Deva. Ditambah pula dengan drumming yang menderu (standard untuk stail sebegini), Colossus mempunyai pakej yang agak mantap juga. Saya menyukai songwriting mereka yang mempunyai arrangement seakan kualiti cinematic seram dan epik berlandaskan permainan piano manic dan sinister. 

Untuk sebuah album mempunyai durasi permainan hampir sejam, Colossus sebenarnya agak panjang jugak la untuk saya. Namun ia padat dengan idea dan permainan Symphonic Black Metal berkualiti tinggi. Saya tidaklah mengatakan ia original memandangkan saya boleh kesan immediately feel yang hampir serupa dengan Dimmu Borgir ‘Spiritual Black Dimensions’ dan Abigail Williams ‘In the Shadow of a Thousand Suns’ tetapi Colossus mempunyai depth dan bukan sekadar salin bulat-bulat sebagaimana banyak band Symphonic BM di luar sana buat yang quickly becoming stale. Saya menyukai hasil kerja Arcane Existence ini. They seemed to work hard on this one but probably too hard dengan terlalu banyak trek dihidangkan. Selain daripada hasil akhir yang enjoyable, saya terasa overwhelmed dengan amount of songs diletakkan. Mungkin seeloknya limitkan kepada 9 trek sahaja dan selebihnya dibuat sebagai follow-up EP. Decent product though.

Colossus kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Dimmu Borgir, Cradle of Filth, Crach Angren, Hecate Enthroned, Abyssos, Abigail Williams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected