Antigone’s Fate – Zum Horizont… (2019)

0

Antigone’s Fate adalah projek one men band oleh multi-instrumentalist iaitu Ruun (Instrumentals, Production, Vocals). Dengan mengekalkan konsep Atmospheric Black Metal, ditubuhkan sekitar 2015, lagu2 yang tercipta adalah ketika melalui fasa kesukaran hidup dimana ianya direalisasikan dalam bentuk karya. Menghasilkan debut album bertajuk Insomnia (2018) dibawah label Northern Silence Productions secara rasmi pada penghujung January 2018, terkini dibawah label yang sama Zum Horizont… (2019) bakal berada di pasaran pada 20 September 2019.

Antigone’s Fate – Zum Horizont… (2019)
Tracklist :
1 – Abendstern
2 – Morgengrauen
3 – Herbstnacht
4 – Der graue Block

Proses composition, recording, mix dan mastering adalah dilakukan oleh Ruun di home studio milik beliau sendiri.

Sesuatu yang menarik berkenaan Antigone’s Fate dan release Zum Horizont.. (2019) ialah berkenaan konsep yang dihasilkan melalui karya2 seni beliau sungguh melancholic walaupun ianya berada dalam peratusan Depressive Black Metal yang tinggi. Idea2 melodic yang diapply kedalam lagu2 beliau cukup menarik dan segar. Jika diteliti elemen2 seperti melodic, depressive, atmospheric yang digaul bersama tunjang Black Metal sangat menarik dan adakalanya agak santai untuk dilayan. Susunan komposisi yang sangat baik yang menimbulkan mood yang menenangkan walaupun ini adalah music bertunjangkan Black Metal.

Secara teknikal, sound produksi Zum Horizont.. (2019) adalah terbaek, seimbang dari sudut mutu akhir bunyi yang dihasilkan dan bertaraf internasional. Ini adalah produksi yang clean dari segi rakaman. Ya, tidak lupa untuk gua nyatakan durasi keseluruhan Zum Horizont.. (2019) adalah menghampiri 53 minit walaupun hanya mengenengahkan 4 buah tracks. Rata2 track berdurasi 9 minit keatas dan track terakhir Der graue Block berdurasi 21 minit 10 saat.

Dibawah label Northern Silence Productions, Zum Horizont… (2019) hanya dikeluarkan dalam kuantiti limited 500 copies digipak CD (4 panel + 8 pages booklet) worldwide. Kepada penggemar format digital, album ini turut boleh diperolehi melalui pembelian dilaman bandcamp mereka. Ini antara produk Atmospheric Black metal yang cukup melancholic dan punya rencah depressive yang bagus. Dapatkan sebelum ianya sold-out!!!

Antigone’s Fate
Email
Facebook
Bandcamp

Northern Silence Productions
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected