Al Farabi Band – The Album (2010)

0

Music itu tiada batasan. begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh band cuba DtE ketengahkan kali ini. Dengan membawa mesej dakwah dan mengajak pendengar ke arah kebaikan, Al Farabi Band muncul dengan keberanian yang menggunakan acuan music Rock sebagai landasan konsep musical mereka.

 Al Farabi Band
Ahmad Nasie Mohd Nawawi (vocalist)
Mohd Nazri Alias (vocalist dan pemain guitar utama)
Fazrina Ghazali (guitar kedua)
Mohd Nizam Alias (bass)
Abdul Razaque Samuel Fakhr Dzukifli (keyboard 1)
Mohd Akmaluddin Mat Zawawi (keyboard 2)
Mohd Shuhaimi Elias (dram)

Al Farabi Band telah menghasilkan sebuah EP pada 2009 dimana terkandung 5 buah lagu dan ianya dijual sendiri oleh mereka.Hasil sambutan menggalakkan terhadap konsep musical yang agak “janggal” di Malaysia ini, mereka maju setapak lagi apabila menghasilkan sebuah album penuh pada penghujung 2010. Album bertajuk “The Album” ini rilis dalam bentuk double disc dimana disc kedua merupakan track2 yang dirakam secara akustik. “The Album” dirakam di Al Farabi Muziqa Studio.

Al Farabi Band – The Album (2010)
Tracklist :
DISC 1
1 – Never Turn Back (Instrumental)
2 – Amanat
3 – Searching The Truth
4 – Evolusi
5 – Sunnah Berjuang
6 – Apa Sebenarnya
7 – My Loving Child
8 – Selawat AFB
DISC 2
(versi akustik)
1 – Selawat AFB
2 – Never Turn Back
3 – Evolusi
4 – Searching The Truth
5 – Sunnah Berjuang
Perlu dinyatakan juga “The Album” sebenarnya terdiri dari 5 buah lagu yang turut terdapat didalam EP pertama mereka. penambahan 3 buah lagu baru (track 6,7 dan 8) serta sebuah disc istimewa versi akustik menjadikan The Album sebuah album yang harus dimiliki terutama oleh pendengar nasyid atau yang mencari kelaianan dalam music.
Track pertama bertajuk “Never Turn Back” merupakan sebuah instrumental yang punya susunan melodi yang menarik. Kawalan gitar yang baik namun mungkin ada beberapa bahagian yang kedengaran agak terkucil. namun melodi yang dimainkan berjaya menampung kekurangan tersebut. Ermmm pertama kali mendengar lagu ini terus gua terbayangkan bagaimana seorang yang berserban punya skill solo gitar yang baik. haha. ada sikit2 pengaruh Satriani dalam lagu ini walaupun solo tidak bergulung macam Alexi Laiho.. haha
Amanat yang menjadi track kedua punya susunan music yang moderate dan disulami solo gitar dan juga verse yang menampilkan pulm-muting dari pemain gitar. Solo kali ini juga menampakkan keberanian dan diselang seli bunyi keyboard. Sebelum verse penghujung lagu sekali lagi menampilkan solo gila berbisa. Feel!
Searching The Truth yang merupakan track ke3 punya hook yang menarik dan penyampaian vocal wanita yang hanya seakan bercakap atau separa bersajak.Drum untuk lagu ini mengingatkan gua pada lagu2 alternative atau grunge yang pernah menggegarkan persada music tanahair satu ketika dahulu. Haha satu percubaan berani dari Al Farabi Band.
Evolusi, track ke 4 juga sebuah lagu yang menarik. kawalan instrument yang baik. Cuma pada gua solo pertama kurang level. mungkin patut ditonjolkan. Pertengahan lagu ini juga menampilkan elemen arabic namun ianya tidak berlarutan panjang apabila tiba chorus. Ohh tidak dilupakan juga pada lagu ini terdapat solo dari keyboardist mereka.
Track ke 5 bertajuk Sunnah Berjuang punya mood yang santai. pada gua lagu ini antara lagu yang menarik dan sedap didengar. penggunaan gtar akustik menambah perisa untuk track ini. Seakan sedikit folks juga lagu ini sebenarnya di beberapa bahagian. Satu gabungan idea yang menarik.Juga solo dan penyampaian vocal yang baik.
Track ke 6 iaitu Apa Sebenarnya punya mood intro seakan2 track ke2 dan 3, namun mood tersebut berubah dengan riffing yang berbau deep Purple. haha.. Kejutan pada lagu ini ialah “rapping” yang didendangkan. Ya kali ini betul2 music itu tiada sempadan!
My Loving Child yang menjadi track ke 6 terpaksa gua akui merupakan track pilihan gua. sebuah lagu perlahan. penyampaian nyanyian yang benar2 kena dengan mood lagu ini. Seakan mendengar lagu Stairway To Heaven. haha.. Verse dan chorus yang benar2 menyentuh perasaan. Melodi yang dihasilkan sungguh solid ditambah dengan penghayatan dari segi nyanyian oleh vocalist band ini. Penghujung lagu ini mungkin seakan hilang terus segala “kemurnian” music Al Farabi Band apabila mereka benar2 rockin sehingga tamat lagu.
Track terakhir bertajuk Selawat AFB merupakan sebuah lagu yang punya susunan menarik serta melodi vocal yang baik. lagu ini juga kedengaran seakan sedikit symphonic. Solo menarik juga ditonjolkan walaupun dalam durasi yang pendek sahaja. Juga merupakan sebuah lagu yang menarik.
Jika diamati music yang dihasilkan Al Farabi Band bukanlah sekadar nasyid (jika di lihat pada lirik mungkin benar) kerana penggunaan gitar berdistortion, drum stroke yang kadangkala ada juga kedengaran seakan alternative (tidak berapa ketara) malah gandingan 2 keyboardist juga berjaya menghasilkan alunan melodi yang indah terutama pada lagu2 perlahan mereka. Produksi album ini juga baik namun masih boleh diperbaiki mutu rakaman serta proses mixing nya. Terdapat beberapa track yang punya bunyi bass yang sedikit keterlaluan serta ada beberapa bahagian solo yang patut dinaikkan level nya. Keseluruhannya, The Album punya kekuatannya yang tersendiri.
Al Farabi Band – Never Turn Back

Untuk mendapatkan album ini, anda boleh membelinya secara online melalui website mereka yang akan pihak DtE sediakan dibawah ini. Juga laman Facebook serta Myspace mereka. Untuk yang mahukan music yang punya pakej berbeza dari segi konsep dan penampilan, Al Farabi Band mungkin perlu menjadi perhatian anda kali ini.

Official Website

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected