Interview : Predicate Not Defined – Pengenalan kepada muzik yang sukar dijangka!

1

Predicate Not Defined merupakan antara band yang memperjuangkan aliran Progressive Metal yang di adun bersama elemen2 fusion tradisional. Agak sukar untuk memberi definisi sebenar music mereka bersesuaian dengan maksud nama band ini “sesuatu yang dijangka namun sukar diterjemah” (lebih kurang begini lah maksud yang pernah gua baca dalam 1 sesi temubual bersama mereka 1 masa dahulu – ed). Predicate Not Defined (selepas ini disebut PND sahaja) juga antara band yang telah berusia lebih 15 tahun dimana mereka bermula sekitar 2001 di Pulau Pinang. Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan berkenaan band ini, mereka boleh dikatakan antara band yang kerap beraksi live didalam dan luar negara.. Mungkin sikit hari lagi boleh capai 100 kali bermain gig. Untuk discography, PND telah menghasilkan 3 buah album penuh disamping demo dan single pada awal penubuhan. Terkini pada suku ketiga 2016, PND telah mengeluarkan album ketiga bertajuk Cosmosis Indulgence yang mana ianya boleh dikatakan produk separa DIY kerana mereka bertindak secara keseluruhan pada penghasilan sehingga penjualan album ini. Ok, tanpa perlu membuang masa
sila baca temubual yang telah kami lakukan.. cheerrrss!

1 – Assalamualaikum saudara Azwi. Terlebih dahulu kami di DtE ingin mengucapkan tahniah diatas kelahiran album terbaru Cosmosis Indulgence. Mungkin ada pembuka kata dari anda selaku frontmen Predicate Not Defined untuk sesi temubual ini?
Waalaikumussalam, saya mewakili band mengucapkan terima kasih kpd DtE kerana interview kami, diharap pembaca dapat lebih info mengenai Predicate Not  Defined dan album terbaru selepas ni.

2 – Boleh nyatakan line up terkini Predicate Not Defined? Adakah line up terbaru ini turut terlibat bersama band2 lain?
Line up terbaru 2017 ialah Azwi (vocal, guitar), Fazi (drums), Is (bass) dan Damaq (guitar,lead). Semua line up ada bersama band2 lain iaitu Azwi (Cakerawala), Fazi (Lake & Snadders, Frost & Revenge), Is (Broken Tapes Incident) dan Damaq (Mayangs). Saya berterima kasih kpd lineup terbaru atas masa dan komitmen mereka untuk jamming bersama dan ada masa untuk gig.

3 – Boleh ceritakan bagaimana Cosmosis Indulgence dihasilkan dan kenapa ianya mengambil masa yang agak lama untuk release jika dibandingkan dengan Fear, Forgotten and Regret yang terbit pada 2010?
Proses mengumpul material untuk album ni bermula dari tahun 2011 dimana musical direction lebih kearah back to root (originaliti muzik pnd). Namun selepas kemasukan Hilda, unit PND mendapat banyak show sekitar Malaysia dan kami mengambil peluang untuk promosi album kedua, Fear, Forgotten and Regret apabila bermain gig. Terima kasih kpd organizer juga yang menjemput kami sehingga kami dapat tour ke Indonesia dan Phillipines sekitar tahun 2012-2014. Selepas itu kami sempat praktis untuk lagu2 baru dan dapat merekod 2 lagu iaitu Uprising dan Magnificent. Lagu2 album baru akhirnya sedia untuk direkod pada penghujung 2014. Perancangan utk preproduksi album baru sepatut dijalankan pada 2015 tertangguh disebabkan kekangan masa oleh lineup dan saya membuat keputusan untuk menyambung proses produksi album pada 2016. Produksi album siap pada June 2016 termasuk inlay, booklet artwork dan lain-lain dan akhirnya album dirilis pada September 2016. Antara sebab kenapa ia mengambil masa yg agak lama disebabkan oleh pengumpulan material yang lebih teliti dan juga kekangan masa lineup dan saya mengambil keputusan merekrut line up baru untuk meneruskan Predicate Not Defined.

4 – Apa yang mahu diceritakan melalui cover artwork yang dihasilkan oleh Amar Syamsul dari Atrocious?
Amar mempunyai banyak artwork yang simbolik dalam instagram dan saya berminat bekerjasama dengan beliau untuk album ini, cover album Cosmosis Indulgence merujuk kepada elemen elemen kosmos dan hubungan kepada mikro organisma yang hidup dalam elemen elemen tersebut. Dari segi artwork design ianya lebih abstrak itu sahaja.

5 – Kenapa memilih watak Pendekar Mustar dalam track terakhir bertajuk “The Mustar Anthem”?
Tiada apa-apa sebab pun asalnya, kerana lagu ini diilhamkan dari sedutan lagu filem Pendekar Bujang Lapok (Maafkan Kami) di mana secara suka2 saya mencari solo lagu tersebut dan tiba-tiba mendapat ilham untuk membuat satu lagu berdasarkan solo tersebut. Ia adalah trademark PND dimana sebelum ini ada lagu metal experimental seperti Timur Barat (2007-The Story Remains The Same) di tulis yang ada unsur metal dan solo keroncong dalam lagu itu. Namun, untuk The Mustar Anthem, liriknya adalah sinis kepada orang Melayu khususnya.

6 – Jika diteliti music PND agak “sukar” untuk dimainkan. Perubahan mood dan riff yang mendadak, sedikit odd signature dan juga penggunaan note yang pelbagai. Kenapa memilih cara ini dan tidak menggunakan cara formal dalam komposisi lagu seperti 4X4, straight forward music dan music yang mudah untuk dimainkan?
Soalan yang baik. Ianya mengenai evolusi pemikiran minda. Sebagai peminat muzik (metal khususnya), kita banyak mendengar pelbagai jenis genre yang menjadi sebahagian dari inspirasi dalam membuat lagu. Saya sendiri pernah bermain pelbagai jenis genre dan boleh menulis lagu-lagu metal mengikut cara normal dan juga lagu-lagu komersial (azinspire). Disebabkan oleh minat, skill dan pengetahuan teknikal menjadikan saya lebih suka menulis lagu-lagu metal yang ada semua elemen yang disukai pendengar seperti groove riffing, progressive,hook, odd signature dan komplek composition dan saya juga seorang yang suka kepada originaliti. Maka disebabkan itu, Predicate Not Defined cuba membuat muzik yang ada originaliti dan ada elemen-elemen tarikan metal kepada pendengar biasa dan pendengar metal khususnya. Dan saya sedar muzik sebegini tidak boleh dihadam dalam masa yang singkat dan apabila mereka dapat menikmati muzik pnd, diharapkan minda mereka akan lebih terbuka dan lebih matang dalam menilai sesebuah muzik kerana ianya universal dan unik.

7 – Boleh nyatakan band2 atau perkara2 yang secara langsung dan tidak langsung memberi pengaruh dalam penulisan material2 untuk Cosmosis Indulgence?
Ianya lebih kepada penulisan dan inspirasi individu. Saya banyak merujuk kepada album-album terdahulu PND untuk mendapat formula dan trademark muzik. Selain itu band-band metal tempatan juga menjadi rujukan seperti Langsuyr dan Senseless. Pantera, Kreator, InFlames, Metallica adalah rujukan utama untuk trash dan groove dan Dream Theater, Cynic, Death, Between The Buried And Me, Necrophagist adalah rujukan elemen progressive dan fusion. Tak lupa juga pada filem2 P.Ramlee untuk mood-mood melayu dalam lagu 🙂

8 – Kami ada terbaca banyak komen berkenaan kepuasan dari segi sound produksi apabila mendengar album terbaru ini? Boleh ceritakan perkakasan dan method yang digunakan untuk rakaman album ini?
Kami ada share recording method dalam post di facebook predicatenotdefined. Utk Cosmosis Indulgence, ianya masih menggunakan method yang sama seperti album sebelumnya. Drum track menggunakan Rhythm Rascal dan diolah lebih natural dari segi stereo panning dan drumkit. Untuk gitar, kami menggunakan Gibson LP Custom dgn tali gauge 0.11-0.52 jenama Earnie Ball. Menggunakan multieffect Digitech RP80 distorsion drive, kami direct cable ke auxilary input ke PC untuk guitar tracking. Utk bass, kami menggunakan bass LTD dan yamaha dimana direct cable dari bass ke PC tanpa sebarang interface. Untuk vokal, kami menggunakan consender PC microphone yg juga mempunyai mini jack output terus direct masuk ke PC. Untuk mixing, kami menggunakan Sonic Foundary Vegas Pro dan menggunakan setting / plugin yang minima kecuali EQ yang teliti untuk kesemua track. Manakala untuk mastering kami menggunakan Sonic Foundary Soundforge 5.0. Produksi akhir adalah seperti yang kamu dengar dalam album dan saya sedar ianya tidak seperti profesional tapi kami rasa cukup selesa dengan hasil tersebut.

9 – Azwi, anda selaku frontmen PND, turut terlibat juga selaku frontmen untuk satu lagi band iaitu Cakerawala. Apa perbezaan antara PND dan Cakerawala secara terpericinya?
Untuk PND, muziknya lebih serius dan banyak elemen experimental dan ada high and low dalam setiap lagu. Muzik PND juga lebih bebas untuk pelbagai elemen nonmetal dan teknik vokal. Manakala untuk Cakerawala, ianya lebih kepada metal radikal yang lebih straight forward, rage, trash, progressive dan aggresive. Dalam Cakerawala saya dan vinoth bersama-sama menulis lagu dan hasilnya lebih dinamik mengikut rujukan saya dan vinoth.

10 – Menjadi frontmen kepada 2 buah band, adakah ianya mengganggu masa dan aktiviti komposisi lagu antara kedua2 buah band?
Secara peribadi ia tidak menggangu bahkan ia lebih membantu dari segi kematangan muzik pada individu. Namun jika kedua2 band aktif, saya kena pandai membahagikan masa untuk praktis dan gig agak tidak berlaku sebarang masalah. Sebagai frontman, saya hanya menjadi diri sendiri tak kira dalam PND mahupun Cakerawala kerana yang penting dalam sesebuah band ialah sebagai unit.

Predicate Not Defined – live at Jogja Brebeg 2013

11 – Berbalik kepada PND, rasanya PND antara local band yang agak aktif dipersada gig tempatan malah turut pernah melakukan tour sekitar Asia tenggara. Boleh nyatakan gig terbaik dalam dan luar negara yang pernah disertai?
Untuk gig tempatan, paling manis ialah ketika fatal4way tour di penvia KL, Untuk gig luar negara pula ialah Indonesian Tour dan Phillipines Tour, kerana mendapat respon yang penuh dari crowd yang sangat ramai, perasan headbanging bersama crowd yang 1st time dengar lagu PND dan moment tersebut memang tak dpt dilupakan. Sambil perfom, saya bileh melihat mereka menikmati muzik dan have fun. Sepanjang penglibatan PND dari 2001 sampai sekarang, terlalu banyak gig untuk diingati tapi bagi saya semuag gig tersebut bermakna untuk PND tak kira gig besar ataupun kecil.

12 – Pengalaman menjayakan gig di luar negara, apa yang paling jelas menampakkan kelainan local gig dan luar negara?
Pengalaman bermain di Bangkok, Thailand ialah penyediaan kelengkapan gig yang terliti, venue yang besar dan masa yang teratur, terdapat crew untuk stage dan  monitor yang berfungsi. Di Indonesia pula, kelengkapan gig biasa, seperti di malaysia namun crowd di indonesia sangat ramai dan suka mendapatkan merchandize band seperti t-shirt, sticker dan CD. Di manila pula gig bermula jam 11malam hingga 4pagi dan mereka lebih kepada gothic metal. Apapun saya menyokong penambahbaikan yang dilakukan oleh organizer gig malaysia dalam memperbaiki pengurusan gig untuk kepuasan crowd.

13 – Adakah perlu sesebuah band mempunyai soundman tersendiri untuk persembahan pentas?
Pada pendapat saya, ia bergantung kepada band itu sendiri, mereka perlu mendefinisikan sound mereka sendiri sebelum menggunakan soundman.

14 – Gear dan equipment yang digunakan semasa rakaman dan persembahan pentas?
Azwi – Gibson LP Custom, PRS Custom, Gibson Explorer, Digitech RP500
Damaq – Jackson flying V, ESP LesPaul, Big Muff, Delay
Is – Yamaha Bass
Fazi – Pearl Eliminator Twin Pedal , Yamaha Drumstick

15 – Nasihat kepada band2 yang punya keinginan untuk tour ke luar negara?
Mudah je, hasilkan muzik yang berkualiti, pengurusan band yang profesional, pengurusan marketing dengan social media dan rajin turun ke gig tempatan dan tak lupa membeli merchandize band-band tempatan. lagi banyak gig tempatan anda sertai dapat menambahbaik portfolio /presskit band anda untuk organizer luar negara membantu anda tour di luar negara.

16 – Jika diberi peluang sebarang opening band sesebuah band besar dunia, apakah band yang PND idamkan itu?
In Flames, Dream Theater, Between The Buried And Me, System of A Down

Predicate Not Defined – Juvenile (Live)

17 – Memandangkan PND antara band yang kerap memeriahkan pentas gig tanahair, kami ingin bertanya berkenaan gig/show tanpa bayaran. Apa pendapat PND berkenaan perkara ini?
Perkara gig takde payment ini memang biasa dalam gig tempatan. Gig takde payment adalah platform kepada band-band baru untuk menimba pengalaman bermain gig. Sekiranya band tersebut menjadi terkenal, mereka kena bijak berurusan dengan organizer untuk sebarang bayaran gig. Antara faktor lain ialah usia band, album dan pengalaman sebagai checklist kepada organizer untuk tarikan crowd. Gig takde payment atau ada, ianya ialah gathering dan sesi mendapat crowd dan kawan baru kepada komuniti muzik.

18 – Pernah mendapat “offer’ sebagai resident artist untuk label luar negara?
Tiada

19 – Perancangan terkini PND. Tour, merchandise atau mungkin ada material terbaru yang bakal di rakam dalam format EP atau sudah berkira2 untuk album selanjutnya?
Untuk 2017, PND fokus dengan show untuk promosi album Cosmosis Indulgence, kami dah secure show sampai bulan May 2017. Proses diskusi masih berjalan untuk Indonesian Tour dan Thailand Tour. Manakala proses pengumpulan material baru untuk next album kami jangka pada 2018.

20 – Ok, setakat ini temubual kami DtE bersama PND. Mungkin ada pesanan dari PND kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Terima kasih sekali lagi atas interview ini, teruskan menyokong kami dan jugak band-band metal tempatan. Belilah album terbaru kami dan baju baru PND. Sekian terima kasih.

**********************************************************

Ok itu sahaja untuk sesi temubual kali ini. Sebagai penutup, album Cosmosis Indulgence masih boleh diperolehi dengan menghubungi PND atau Azwi selaku frontmen band ini. Kami sediakan juga laman2 sesawang PND untuk anda hubungi bagi urusan pembelian dibawah video track bertajuk Physic.

Predicate Not Defined – Physic (HD)

Email
Facebook
Reverbnation
Bandcamp

1 thought on “Interview : Predicate Not Defined – Pengenalan kepada muzik yang sukar dijangka!

  1. I saw them play in the early 2000s in Singapore.
    I was impressed. The guitarist got a tech who help him swap guitars.
    And they play Iron Maiden's Rainmaker.
    Smiles all around.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected