AKTA – Void [Single, 2023]

0
AKTA Void

AKTA merupakan sebuah 5-piece Metalcore unit dari Lembah Klang yang baharu saja mengeluarkan single terkini mereka yang berjudul ‘Void’. Single ini merupakan follow-up daripada single debut mereka iaitu Takhta (Jiwa Milik Kita).

AKTA

Void menerokai rasa kosong yang hadir selepas perhubungan yang retak, hence the title. Kira trek ini banyak melimpahi ekspresi menyesal dan wish things didn’t go this way la. Musicwise, Void adalah sebuah mid-tempo Metalcore yang bermelodi dan moden. Ada beberapa aspek dalam single ini yang buat saya tertarik. Pertama sekali adalah melodic ambient build-up di permulaan yang pretty common di kalangan band-band Metalcore masa kini, terutamanya yang berpengaruhkan Prog dan Djent selain gitar yang gemar membina ambient piece sepanjang trek. Satu lagi adalah tendency drummer untuk utilize ghost notes yang merata-rata dalam Void. Pada saya, it’s pretty catchy dan memberi tekstur yang sedap (despite dram kedengaran digital at some places), selain permainan dram yang jitu dan secukup rasa. 

Generally, Void adalah sebuah Metalcore ballad yang decent daripada segi execution untuk sebuah tema yang done to death dalam genre ini.

Vokal pula on the other hand, agak berlainan. Saya lebih menyukai alunan clean vocals yang memandu keseluruhan lagu ini berbanding screaming yang hadir majoritinya di chorus. Vokal menjerit AKTA pada saya kedengaran common, it’s your run-on-the-mill Metalcore fry vocals, manakala clean/melodic vocals kedengaran berlemak enak mengingatkan saya kepada band-band Metalcore yang cuba bermain balada jiwang without losing its tough guy edge. Personal opinion? I’d rather drop screaming vocals and focus entirely on clean vocals yang layered. 

Generally, Void adalah sebuah Metalcore ballad yang decent daripada segi execution untuk sebuah tema yang done to death dalam genre ini. As a single, it’s pretty appealing for new listeners sebab senang masuk dan tak terlalu garang. But what I’d like to hear in the future is how AKTA will demonstrate their skills in a full release.

Void kini terdapat dalam format strim digital.

FFO: Polaris, Wage War, Novelist, ERRA, current Bring Me The Horizon

Ikuti AKTA di:

X

Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected