Gaerea – Coma [Full Length, 2024]
Unit Cathartic Black Metal Portugis, Gaerea kembali dengan album penuh keempatnya ‘Coma’ setelah album pasca-pandemik ‘Mirage’ mendapat sambutan menggalakkan pada 2022. Dikeluarkan melalui Season of Mist pada Oktober 2024, Coma meneruskan stail Black Metal bermelodik dan relentless yang menjadi trademark Gaerea sejak sekian lama.
Sejak kali pertama mendengar Gaerea melalui album ‘Limbo’ saya memang terpikat dengan aesthetics mereka yang berkelubung kepala, ahli-ahli yang merahsiakan ideantiti dan semestinya permainan mereka yang balance antara furious dan melancholic that sets them apart from the current Black Metal bands in the market. ‘Mirage’ yang keluar selepas pandemik tamat membuktikan band ini banyak memeram idea yang menarik dan menggunakan lockdown period untuk craft some of their best songs to date, jadi ‘Coma’ menggalas beban yang berat untuk sama ada setara atau lebih baik daripada ‘Mirage’.
… ‘Coma’ menggalas beban yang berat untuk sama ada setara atau lebih baik daripada ‘Mirage’.
Coma dibuka dengan The Poet’s Ballet, sebuah trek yang mencecah hampir 8 minit. That’s pretty brazen to open an album with a long winding track. Tapi Gaerea bijak meletak trek ini sebagai pembuka kerana ia catchy, berbeza daripada stail biasa Gaerea dan menghamburkan emosi yang bertalu-talu. Dimulakan dengan clean electric guitar yang bergema ala Post-Black Metal sebelum meletus dengan permainan gitar yang menikam jiwa lagi bermelodik, vokal yang terseksa dan drumming yang meribut, Gaerea awal-awal lagi membawa pendengar kepada roller coaster of emotion sebelum tiba-tiba berhenti di pertengahan dengan clean vcoals separa berbisik sambil dram diperlahankan dan gitar ala Post-Rock/Metal bergema dan menghantar pendengar ke klimaks yang cathartic. A really well made opening for the album.
Gaerea melalui ‘Coma’ jelas bekerja keras untuk menyamai intensity yang dipaparkan dalam ‘Mirage’, namun saya boleh katakan output yang terhasil sebenarnya tidaklah lebih baik daripada ‘Mirage’ tetapi tidak juga lebih rendah.
Beberapa trek lain turut menarik perhatian saya seperti Suspended yang turut mempunyai characteristics dan formula serupa dengan The Poet’s Ballet. I guess I already found the type of their songs that I like lol. Walaupun form lagu ini somewhat similar with the opening track, lagu Suspended kedengaran lebih intense dengan lambakan riff-riff yang pantas lagi bermelodik seakan melepas geram dengan feel melayang ke langit sambil diawangi vokal yang bagai nak meletup tekak menjerit bait-bait lirik yang painful. Trek seperti Unknown turut menarik perhatian saya dengan stailnya yang berdinamik. Kejap mendayu sedih, kejap baran merajuk pantas tak ingat dan penutup Kingdom of Thorns turut mempesona dengan feel yang almost similar.
But having said that, it’s still a good album to listen to, secara peribadinya saya lebih gemar jika ‘Coma’ dipersembahkan dalam durasi yang lebih pendek.
Gaerea melalui ‘Coma’ jelas bekerja keras untuk menyamai intensity yang dipaparkan dalam ‘Mirage’, namun saya boleh katakan output yang terhasil sebenarnya tidaklah lebih baik daripada ‘Mirage’ tetapi tidak juga lebih rendah. Saya fikir, ‘Mirage’ kedengaran fresh dan padat disebabkan mereka terperap sewaktu pandemic membolehkan mereka menulis dan execute dengan lebih baik, berbanding ‘Coma’ yang ditulis dan dikeluarkan sewaktu dunia kembali sibuk dan Gaerea ke hulu-hilir touring dan sibuk yang somewhat affected their input untuk album ini, selain jarak antara album hanya 2 tahun. But having said that, it’s still a good album to listen to, secara peribadinya saya lebih gemar jika ‘Coma’ dipersembahkan dalam durasi yang lebih pendek. 51 minit sebenarnya penat nak dengar dan susah nak retain attention, at least untuk saya. No much apparent improvement from them, but still one the best 2024 releases out there.
Coma kini terdapat dalam format CD, piring hitam, dan muat turun digital.
FFO: Mgła, Uada, Groza, Vinterland
Ikuti Gaerea di media sosial: