Predicate Not Defined – Stronger Than Ever [EP, 2023]

1

Setelah mengeluarkan single Intelligence Strive sebagai teaser, unit Progressive Death Metal dari Penang, Predicate Not Defined akhirnya mengeluarkan susulan kepadanya iaitu EP yang berjudul Stronger Than Ever. Buat yang tidak maklum, Predicate Not Defined merupakan sebuah band veteran dengan 3 album penuh under their belt dan Stronger Than Ever adalah comeback material selepas Cosmosis Indulgence pada 2016.

Predicate Not Defined adalah band yang technical dengan tendency untuk bermain dengan abrupt changes in tempo dan jugak riffs yang wicked, perhaps, riffs yang buat band lain wished they wrote it.

Jadi, adakah terdapat perkembangan ketara EP ini berbanding album Cosmosis Indulgence? Mungkin ada, and I’m being very kind here. Predicate Not Defined adalah band yang technical dengan tendency untuk bermain dengan abrupt changes in tempo dan jugak riffs yang wicked, perhaps, riffs yang buat band lain wished they wrote it. Sebagaimana single Intelligence Strive, EP ini mempunyai pengaruh daripada band-band Death Metal US seperti Atheist, Death, Morbid Angel dan Hate Eternal yang jelas diterjemahkan dengan permainan gitar yang percussive. It’s wicked and furious. Ada juga trek yang menyelitkan motif daripada lagu Kitaro (tak ingat pulak lagu Kitaro yang mana) dan juga satu cover song daripada SAS berjudul Musibah (kita kat sini lagi familiar dengan versi cover Sweet Charity). Okay aje versi saduran bawaan Predicate Not Defined, dengan dual vocals harsh dengan clean dipadukan sekali, boleh enjoy la kalau main live.

Sungguhpun permainan instruments mereka menunjukkan kemahiran yang bukan calang-calang, it didn’t translate well sebagai final product.

But as much as I respect of what Predicate Not Defined did in their latest EP, saya tak boleh katakan yang saya enjoy terbitan terkini mereka. Sungguhpun permainan instruments mereka menunjukkan kemahiran yang bukan calang-calang, it didn’t translate well sebagai final product. Saya merujuk kepada tone gitar yang buzzing, flat dan tidak ballsy, sedangkan permainannya cukup power dengan idea yang impressive. Dan saya jadi marah sedikit sebab this could be a very well made release tapi dikecewakan dengan production quality yang inferior. Manakala dram kedengaran sintetik; sama ada dram diprogram atau dirakam menggunakan dram digital yang bagi saya tidak menggambarkan kemahiran sebenar drummer mereka. Bass pula non-existent dalam adunan ni dengan vokal kedengaran terkebelakang. 

I think it’s a missed opportunity.

Dan ini bukan masalah untuk EP ini sahaja. Apparently Predicate Not Defined juga berbunyi sebegini dalam album penuh sebelum ini. It doesn’t sound appealing to me, yang mengharapkan sekurang-kurangnya produksi EP ini mempunyai kualiti yang decent untuk catch-up dengan idea dan execution mereka yang bagus. I think it’s a missed opportunity. Lepas dengar Stronger Than Ever, lama jugak la saya duduk diam fikirkan what went wrong and what could have been better. Dan saya tetap fikir ini adalah masalah rakaman, produksi dan adunan. Bukan masalah pemuzik yang tak berbakat. And I kinda wish this wasn’t the case; a missed opportunity.

Stronger Than Ever kini terdapat dalam format CD.

FFO: Atheist, Death, Morbid Angel, Hate Eternal

Temui Predicate Not Defined di Facebook.

1 thought on “Predicate Not Defined – Stronger Than Ever [EP, 2023]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected