Burnt Offering – Всесожжение – Жатва [Full Length, 2020]

0

Saya mempunyai love-hate relationship dengan terbitan Black Metal yang raw dan bingit. Banyak releases yang saya dengar menggunakan kualiti raw sebagai menutup kelemahan mereka bermain muzik. Jangan salah sangka, ada releases yang barai dan buruk, namun mempunyai honesty dan feel yang mengagumkan (sebagai contoh, Ulver – Nattens Madrigal). Burnt Offering memberikan saya vibe yang serupa.

Жатва merupakan album penuh pertama daripada Burnt Offering dengan versi limited edition kaset diterbitkan oleh Analög Ragnarök dan lain-lain format oleh Casus Belli Musica. Dengan keahlian dari pelbagai negara, Burnet Offering bertapak di Jerman dan menyanyi dalam bahasa Rusia. Жатва menawarkan 7 trek Black Metal yang furious dan berkiblatkan second wave Black Metal terutama dari Scandinavia.

Saya menyukai overall feel Жатва yang tak segan-silu memberi vibe 90s Black Metal tapi dengan permainan yang mantap, termasuklah songwriting yang stay true kepada stail Scandinavia (termasuk sound dan ambient alam semulajadi). Permainan gitar yang garang tapi simple dan terkawal banyak memandu album ini dalam territory Scandinavia style, dan termasuklah drumming yang rabid menjadikan album ini ribut dan savage. Vocal-wise, dengan jeritan yang perit dan parau, senang sekali untuk associate style mereka dengan gaya Black Metal second wave terutamanya Ulver dan Satyricon. Yang penting, bass adalah audible sekalipun mixing album ini terasa flat (again, sebab raw Black Metal). Saya lega sedikit kerana tak perlu menghadap mix yang buried atau bergema (kes biasa terbitan raw Black Metal). Peminat Black Metal akan menyukai keluaran ini. Nicely done, tapi masih mampu berbunyi primitive dan garang.

Жатва kini terdapat dalam format CD, kaset (edisi terhad) dan muat turun digital.

FFO: Burzum, Satyricon, Nargaroth, Ulver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected