Spectrum of Delusion – Neoconception [Full Length, 2020]

0

Technical Death Metal adalah genre yang mencabar bukan sahaja kepada pemuziknya, bahkan kepada pendengar. At least kepada saya. Sama ada band-band jenis ini memanfaatkan skill teknikal untuk enhance songwriting keseluruhan dan terasa natural atau boleh jadi terasa dipaksa dengan menjadi teknikal for the sake of being technical, Tech Death mambuat saya anxious. Inilah yang dialami semasa mendengar album kedua Spectrum of Delusion berjudul ‘Neoconception’ yang diterbitkan The Artisan Era.

Neoconception menampilkan kemampuan ahli-ahli band ini yang tak boleh (atau mampu dipertikaikan). Dengan tempo yang meribut, guitar works yang melompat-lompat dan melodic pada masa yang sama, fretless bass yang melantun-lantun dan vokal yang shift in between deep grunt kepada animalistic barking, dan drumming yang berkemahiran on the dot (terasa macam improvised on the spot pun ada), Neoconception terasa bagaikan hasil yang anda dapat jika Beyond Creation, Origin, Necrophagist, dan The Faceless digabungkan.

Namun, saya susah untuk menghadam Neoconception secara total. Dengan 13 trek ditawarkan, tambahan pula dengan tendency Tech Death untuk menyumbat not dan chord sebanyak mungkin dalam satu lagu, bayangkan bagaimana saya struggle untuk sampai ke trek ke 13. Di penghujung album, saya terasa bagaikan baru keluar daripada relationship yang messy: clueless, bengang, dan mempersoal tindakan saya mendengar album ini dari awal. Saya tidak mempersoal kemampuan pemuzik dalam band ini kerana jelas mereka ini top tier musicians, namun saya mempertikai keputusan mereka untuk meletak 13 trek dalam satu album yang sebenarnya okey aje kalau ikutkan, tapi dengan menyumbat riff-riff teknikal sebanyak mungkin membuat saya jadi jelak. Bukan untuk saya, tapi peminat Tech Death di luar sana mungkin boleh menghargainya.

Neoconception kini terdapat dalam format CD, priing hitam, dan muat turun digital.

FFO: Spawn of Possession, Beyond Creation, The Faceless

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected