Gallowbraid – Ashen Eidolon (Reissue 2019)

0

Gallowbraid merupakan projek one men band oleh Jake Rogers (juga sebagai vocalist band Visigoth). Memilih genre Atmospheric Black Metal, projek yang bermula sekitar 2006 ini telah menghasilkan debut album berjudul Ashen Eidolon pada 2010 dibawah Northern Silence Productions. Ashen Eidolon sekali lagi dikeluarkan oleh label yang sama pada tarikh 15 April 2019 dengan upgrading dari segi pakej akhir fizikal seperti cover artwork terbaru serta cover sleeve yang lebih menarik. Untuk lebih menarik, album ini dikeluarkan dalam pelbagai versi untuk versi reissue ini.

Tracklist :
1 – Ashen Eidolon
2 – Autumn I
3 – Oak and Aspen
4 – Autumn II
5 – Stone of Remembrance

Sepanjang album ini dimainkan, gua berpendapat Jake Rogers mempunyai idea yang cukup banyak dalam penghasilan melodi2 indah daripada riff dan feel in juga susunan note2 permainan keyboard. Selain itu secara teknikalnya Ashen Eidolon adalah campuran elemen Melodic + Atmospheric + Black Metal + Akustik dan sedikit Folk. Juga penggunaan clean vocal (juga female vocal) dalam track terkandung menambah perisa ianya tidak jemu didengar.

Dari segi sound produksi, gua beranggapan ini bukanlah hasil mixing terbaek namun hasil bunyi akhirnya menimbulkan “suasana” yang bagus untuk genre sebegini. Mungkin ianya akan kedengaran berlainan jika proses mixing yang lebih teliti dilakukan seperti apa yang dilakukan Saor, Pure Wrath dan band2 sealiran.

Ashen Eidolon (Reissue 2019) boleh diperolehi dalam dua format digital (pembelian melalui bandcamp) dan fizikal dimana ianya dikeluarkan semula dalam format jewel case dan limited edition digipak untuk 1000 copies worldwide (berbaki 51 copies ketika review ditulis) dan 222 copies white+red splatter vinyl (hampir2 sold out) dan clear red+white splatter vinyl yang sudah sold out untuk 333 copies. Sila berhubung secara terus dengan Northern Silence Productions untuk saki baki fizikal copies yang masih boleh dimiliki.

Gallowbraid
Email
Facebook
Bandcamp

Northern Silence Productions
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected