Hex – God Has No Name (2019)

0

Hex merupakan band yang membawa genre Death/Doom Metal. Berpengkalan di Basque Country, Spain, band yang ditubuhkan pada 2012 ini terdahulu telah menghasilkan sebuah album bertajuk Deadly Sins (2014) dan kembali dengan sebuah demo pada 2017 bertajuk Let There Be Darkness (Demo’MMXVII). Terkini dibawah label Transcending Obscurity Records, Hex bakal mengeluarkan full length kedua bertajuk God Has No Name (2019) dimana ianya akan berada dipasaran pada 5 July 2019.

Adolfo WB (Guitars), Jon (Guitars), Jonathan (Vocals), Asier (Drums), Endika (Bass)
Artwork oleh Warbanner
Tracklist :
1 – Thy Kingdom Gone
2 – Soulsculptor
3 – Worshipping Falsehood
4 – Daevangelism – The Dark Sunset
5 – Where Gods Shall Not Reign
6 – Apocryphal
7 – All Those Lies That Dwells…

Melalui pembacaan di laman facebook Hex, proses rakaman God Has No Name (2019) telah selesai sekitar June 2018 oleh Sergio ‘Rambo’ Robles sebelum proses mix dan mastering dilakukan oleh Tristán Iñiguez di Auryn Studio, Aretxabaleta – Basque Country (Spain).

Apabila mendengar keseluruhan dari awal sehingga tamat, gua dapati Hex adalah antara band yang berada dalam pengaruh Old School Death Metal yang berada dalam peringkat mid-tempo. Bersesuaian dengan genre Death/Doom Metal yang dibawa, tempo yang dimainkan yang tidak terlalu laju namun masih agresif. Bolt Thrower, Benediction, Memoriam mungkin antara nama2 yang memungkinkan memberi pengaruh kepada Hex dalam proses mencipta identiti, music direction dan music composition. Namun begitu, setelah berulangkali mendengar album ini, gua dapati Hex punya perisa tersendiri dalam membawa haluan corak music Death/Doom gaya mereka.

Hex – Worshipping Falsehood
Hex – Thy Kingdom Gone

Dari segi sound produksi, God Has No Name (2019) sememangnya punya kualiti terbaek tanpa sebarang cacat cela. Sebuah produksi bertahap profesional dan pasti memuaskan telinga2 yang cerewet.

God Has No name (2019) yang bakal dikeluarkan pada 5 July 2019 ini didatangkan dalam 2 format iaitu fizikal dan digital. Untuk format fizikal, terdapat dua edisi iaitu digipak CD (8 panel) dan Boxset CD yang terdiri dari beberapa items (8-Panel Digipak CD with matte finish + Autographed certificate of authenticity from the band + Massive A2 size poster of the album artwork + Yellow colour logo patch + Guitar pick with the band logo + Sticker of the album artwork). Untuk format digital boleh terus berhubung melalui laman bandcamp yang kami sediakan dibawah.

Digipak CD (Limited 300 copies only)
Boxset CD (Limited 100 copies only)
T-shirt (Limited to 30 numbers + digital download)

Hex
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected