Reincarnation – Compilation of Thrash & Doom Metal (1994)

0

Berikut ialah satu keluaran dari label indiependent iaitu Sonic Asylum Records sekitar 1994. Split tape ini menggabungkan dua buah band yang punya perbezaan yang sangat ketara genrenya walaupun masih di bawah kepompong Metal. Reincarnation – Compilatin of Thrash & Doom Metal menjadi tajuk split tape yang lahir setelah kedua2 buah band iaitu FTG dan Modar muncul dengan rilisan masing2. 6 buah lagu yang terdapat didalam kompilasi (sewajarnya disebut split sahaja) ini dibahagi dua menjadikan setiap band membawa 3 buah lagu sahaja.

Reincarnation – Compilation of Thrash & Doom Metal
Tracklist :
1 – FTG – Fite To Free
2 – Modar – Restless
3 – FTG – Freedom That’s Gone
4 – Modar – Inferior Symphony (Part I)
5 – FTG – Kill The Evil
6 – Modar – Disgrace
Modar
Man –  Lead Guitar/Vocal
Nusi – Vocal/Rhytm Guitar
Bujal – Drums
Joe – Bass
FTG
Bart – Vocal (arwah)
Jac – Guitars
Mie – Bass
Zam – Drums

Seperti di nyatakan pada perenggan pertama tadi keenam2 lagu yang terkandung didalam album ini adalah diambil dari rilisan pertama kedua2 band. FTG telah muncul dengan mini album bertajuk Freedom That’s Gone pada 1992 keluaran Karun Seni manakala Modar menghasilkan sebuah album penuh dibawah label Sonic Asylum Records berjudul Inferior Symphony juga pada tahun yang sama. Kedua2 band menggunakan studio rakaman yang sama iaitu FGM Studio.

FTG –  Freedom That’s Gone (1992) – Karun Seni
Modar – Inferior Symphony (1992) – Sonic Asylum Records

Jika diperhatikan pada lagu2 yang dihidangkan kedua2 band, sound produksi yang dihasilkan tidaklah berada dalam standard profesional album namun pada zaman distortion kuning sebegini rakaman seumpama ini boleh dianggap sebagai hasil terbaek.

FTG yang membawa genre Thrash Metal melihatkan permainan yang agak laju (lebih kepada old skool yang mungkin juga speed thrash) beserta nyanyian arwah Bart yang kedengaran serak2 basah. Fite To Free, Freedom That’s Gone dan Kill The Evil merupakan lagu2 terbaek dari FTG dimana mungkin lebih bermakna jika album ini turut menyelitkan track Behind This Wall yang pernah termasuk didalam rancangan Muzik Muzik (err..sapa ada video klip Behind This Wall pihak editor request upload di youtube ya..). Menariknya Kill The Evil merupakan sebuah track yang menarik dimana permulaan lagu ini FTG menyelitkan unsur2 ketimuran yang berbau joget sebelum ianya kembali ke root asal FTG iaitu Thrash Metal.

FTG – Kill The Evil

Modar band dari Trengganu Darul Iman yang membawa irama yang cukup gelap, suram dan sedih. Restless, Inferior Symphony I dan Disgrace merupakan 3 buah lagu yang benar2 meresahkan. Dengan mood lagu yang perlahan (nama pun Doom Metal) beserta sound production yang mendap membuatkan lagu2 Modar sungguh berjiwa. Bunyi gitar yang tebal serta growl dari vocalist mereka benar2 bergema lantas menghasilkan sound doom yang terbaek pada pendengaran gua setakat ini.

Modar – Predestination (Live)
* lagu ini dari album Inferior Symphony yang tidak disertakan didalam kompilasi ini.

Secara keseluruhan album gabungan dua band ini merupakan antara split tape terawal yang muncul menggabungkan dua buah band yang berlainan genre. Bagi FTG tahun berikutnya mereka maju setapak kehadapan dengan penghasilan album penuh bertajuk Spirit To Rebel bersama Ponycanyon, manakala Modar seakan berkubur sehingga kemunculan semula sekitar 2006 bersama line up baru.

Dikeluarkan dalam format kaset sahaja (setakat ni xpernah lagi tgk ada CD) album ini pada waktu ini boleh dianggap sebagai khazanah yang agak rare. Mungkin seakan penawar bagi sesiapa yang gagal memiliki mini album FTG – Freedom That’s Gone dan juga album penuh Modar – Inferior Symphony.

Ok, itu saja mungkin di masa hadapan gua akan menulis berkenaan album pertama Modar – Inferior Symphony pula.. papai..

Kenali FTG dan MODAR melalui link2 yang disediakan dibawah ini.

FTG
Myspace
Facebook

Modar
Myspace
Facebook

Kredit :
Youtube – Ovdevilz dan 6j6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected