Modar – Inferior Symphony (1992)

0

Modar merupakan sebuah band yang pertama di Malaysia membawa genre paling perlahan didalam susur galur Metal. Berpaksikan genre bernama Doom Metal, Modar yang berasal dari Terengganu telah merakamkan album pertama bertajuk Inferior Symphony dan dikeluarkan oleh Sonic Asylum Records pada 1992.

 Man (Lead Guitar/Vocal), Nusi (Vocal/Rhythm Guitar), Joe (Bass) dan Bujal (Drum).

Modar – Inferior Symphony (1992)
Tracklist :
1 – Predestination
2 – Modar
3 – Inferior Symphony (Part I)
4 – Restless
5 – Disgrace
6 – Depressed
7 – Inferior Symphony (Part II)

Proses rakaman Inferior Symphony dilakukan di FGM Studio oleh Jee (Axthara) antara Mei hingga Jun 1992. Selaku sound engineer untuk album ini, Jee turut bertanggungjawap dalam proses mixing dan mastering.

Rata2 lagu yang dirakam berdurasi 6 minit keatas, hanya track bertajuk Restless berdurasi kurang dari 5 minit. Kedua2 bahagian lagu bertajuk Inferior Symphony iaitu untuk part I dan II berdurasi 10 dan 9 minit. Merupakan dua track terpanjang didalam album ini.

Keistimewaan album ini mungkin kerana ia merupakan produk pertama tanahair bergenre sebegini dimana pada ketika ini mungkin ada pendengar Doom Metal tempatan hanya pernah mendengar nama band antarabangsa tersohor iaitu Cathedral (gua gila lagu Frozen Rapture dari band ni). Selain itu sound yang terhasil juga boleh dikatakan sangat bersesuaian dengan mood dan suasana lagu yang gloomy, depressed dan benar2 berat serta meleret2. Sound gitar yang tebal juga bersesuaian begitu juga ketukan drum yang tidak memerlukan kelajuan namun bunyi open/close hi-hat jelas kedengaran bersesuain kerana drummer tidak perlu menghentak untuk paduan twin atau double pedal pada bass drum. Growl pada vocal pada gua merupakan 1 perkara paling terbaek melengkapkan kondisi lagu bermood sebegini. Perlu juga dinyatakan bahawa Inferior Symphony juga mengundang seorang vocalist wanita sebagai penyanyi latar bernama Hasnita untuk beberapa lagu dan paling terkesan untuk track terakhir Inferior Symphony (Part II).

Rata2 lagu2 yang terkandung didalam Inferior Symphony menarik belaka dan sukar dipilih track yang benar2 mencengkam jiwa pendengar. Namun gua memilih Inferior Symphony (Part I), Disgrace, Restless dan Inferior Symphony (Part II) sebagai track yang kerap menjadi santapan gegendang telinga.

3 buah track dari album ini iaitu Restless, Disgrace dan Inferior Symphony (Part I) juga termasuk dalam sebuah split bersama FTG bertajuk Reincarnation – Compilation of Thrash & Doom Metal juga dibawah Sonic Asylum Records.

Pada gua Inferior Symphony merupakan sebuah album yang telah mencapai tahap klasik bersesuaian dengan jangka usia material ini dikeluarkan serta penghasilan sound terbaek (bagi gua ianya matching dari segi sound, lirik dan konsep) yang sepatutnya boleh dijadikan rujukan generasi masakini yang berjinak2 mengenali apa itu Doom Metal yang sebenarnya.

Modar boleh dikenali menerusi url yang disertakan dibawah video klip DIY ciptaan mereka beberapa tahun lepas.

Modar – Dying Philosophy (diambil dari album kedua Lost Firdausy)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected