Ursinne – Swim With The Leviathan (2017)

0

Ini merupakan sebuah projek Death Metal dari dua penggiat music tegar yang punya pengalaman luas dalam genre yang mereka ceburi. Menamakan projek ini sebagai Ursinne, dua entiti iaitu Jonny Pettersson (Wombbath, Ashcloud, Henry Kane, SYN:DROM) dan Dave Ingram (Echelon, Down Among The Dead Men, ex-Hail of Bullets/Bolt Thrower/Benediction) telah bergabung dan menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Swim With The Leviathan (2017). Album ini bakal dipasarkan pada 20 August 2017 dibawah label Transcending Obscurity Records.

Dave Ingram (Vocal/Lyrics)
Jonny Petterson (All instruments/Artwork)
* Sonia Nusselder (Bass)
Artwork oleh Jonny Petterson
Logo oleh Jonas Lindblood
Tracklist :
1 – Devil May Care
2 – I, Serpentine
3 – Bullet Bitten
(Written for, and dedicated to, the legendary Lemmy Kilmister)
4 – The Chimes of Midnight
5 – Crazy Horses
(The Osmonds Cover ft. Count MoriVond from Danse dE Sade)
6 – Talons
7 – Underworld
8 – Turning Japanese
(The Vapors Cover also ft. Jonny Pettersson on vocals)
9 – Hollow Hearse
10 – Something Wicked This Way Comes
(With acknowledgement to the great Bard of Avon, William Shakespeare.)
11 – Monsters in the Parasol
(Bonus Track ft. Kam Lee of Massacre – Queens of the Stone Age Cover)
12 – Spellbound
(Bonus Track – Siouxsie and the Banshees Cover)

Agak teruja apabila diberitakan oleh pihak label bahawa satu lagi projek mega antarabangsa dari 2 entiti berpengaruh dari arena Death Metal bergabung tenaga. Sepanjang beberapa minggu album ini dihadam, kesimpulan yang boleh di rumus, Ursinne jelas menampakkan serangan Death Metal yang agresif dari sudut komposisi lagu. Agak menarik apabila pertama kali mendengar album ini adalah tone gitar yang agak sedikit raw namun keras dan ada identiti tersendiri. Disamping itu Dave Ingram yang ternyata kental dengan vocal growl ternyata menambah resepi ramuan Death Metal ini menjadi lebih angkuh dan bergaya!

Disamping itu beberapa cover songs yang diselit bersama didalam album ini walaupun pada asalnya bukan dari acuan Death Metal diberi nafas yang keras dari acuan Ursinne. Pun begitu gua masih terpesona dengan hasil2 ciptaan sendiri dari Ursinne yang nampak lebih serius berbanding lagu2 saduran yang diberi nafas Death Metal yang masih sukar diketepikan melodi2 asalnya. Ok, sebelum terlupa beberapa nama besar turut menyumbang didalam cover songs seperti Count MoriVond from Danse dE Sade dan Kam Lee (Massacre).

Ursinne – Swim With The Leviathan (2017) boleh diperolehi dalam format digital melalui laman bandcamp mereka, juga fizikal copies untuk format CD untuk jumlah 300 copies serta limited edition gold embossed boxset untuk jumlah 100 copies sahaja. Kenali Ursinne melalui laman sesawang disediakan dibawah dan urusasn pembelian melalui label Transcending Obscurity Records juga melalui laman sesawang disediakan.

Ursinne
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Bandcamp
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected