Antacid – Force of Thunder (EP2017)

0

Antacid merupakan antara band yang masih utuh dengan Old Skool Thrash Metal. Tanah Kajang yang kuat dengan pengaruh Old Skool melahirkan beberapa band seperti Vault, Reaper, Nuclear Strike, Lobotomy juga Kathgor. Berbalik kepada Antacid, secara mukadimahnya mereka telah wujud seawal 2001 dengan nama Antix sebelum nama Antacid dijadikan nama rasmi pada 2003. Sepanjang penubuhan, Antacid telah menghasilkan 3 buah demo, 2 buah split, sebuah kompilasi (dalam format vinyl) dan terkini Force of Thunder (EP2017) telah dikeluarkan dibawah Virus Rekords. Melalui sesi temubual didalam sebuah zine, ada dinyatakan Antacid sebenarnya telah bersedia dengan sepuluh buah lagu yang akan menyusul sebagai album penuh pertama mereka selepas ini. Ok, kali ini kami akan review Force of Thunder (EP2017).

 Thunderbolt (Bass), Rex Killer (Guitars), Fizan (Vocals), Iron Speed (Drums), 1-2 Kill (Guitars)
Artwork oleh Meenfourtytwo dan Antacid

Tracklist :
 1 – Nuclear Inversion
2 – No Turning Back
3 – Force of Thunder
4 – Living In Disorder

Tidak dinyatakan dimana proses rakaman Force of Thunder dilakukan namun dinyatakan kesemua proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Antacid.

Setelah 8 tahun tanpa material terakam, Nuclear Inversion menjadi track pertama yang dihidangkan Antacid kepada pendengar yang sentiasa menanti material terbaru mereka. Track berdurasi melebihi 7 minit ini bermula dengan intro yang sedikit berbau epik sehingga saat ke 38 sebelum music sebenar Antacid menjengah. Sebuah track yang jitu dan kelainan utama adalah pada bahagian vocal yang menyaksikan Fizan yang sebelum ini bersama Vault meneraju posisi vocal dengan gaya suara yang serak2 basah. Jika diamati track ini masih tersangat kuat pengaruh Old Skool nya jika diperhatikan pada riffing dan strok drum. Ok, itu adalah gaya Antacid dan gua tak nampak sebarang kelainan dari segi konsep dan music direction Antacid. Mereka masih kekal dengan cara apa yang mereka lakukan sejak awal penubuhan. Ok, solo2 gitar Antacid memang sentiasa menjadi igauan kepada sesiapa yang mengikuti perjalanan band ini. haha..

No Turning Back adalah track yang diberi preview percuma dari laman bandcamp Basement Records. Masih dalam mood seperti mendengar track pertama dan antara track yang boleh dikira kick ass!

Force of Thunder gua anggap sebagai track paling best untuk EP ini. Kepelbagaian riff dan idea, solo gitar sabung menyabung membuatkan track ini lebih menarik. Sebuah track yang punya flow yang bagus dari segi komposisi.

Living in Disorder adalah track yang di ambil dari demo awal mereka yang turut menggunakan tajuk yang sama sebagai tajuk demo yang dikeluarkan pada 2003. Menariknya track yang melalui proses remastered ini menampilkan Rex Killer sebagai vocalist. Mungkik nampak tidak terlalu kuat vocal Rex namun abaikan kerana beliau adalah gitaris. Ini barangkali bonus track sahaja yang diselit oleh Antacid.

Secara keseluruhan gua berpendapat EP ini, mungkin lebih kepada “memberitahu” bahawa Antacid sudah bersedia untuk lebih mengganas (10 lagu sudah tersedia untuk album penuh) dalam masa terdekat. 3 track baru dan sebuah track dari demo terdahulu (dinyanyikan oleh Rex) membuktikan Antacid tidak sekadar muncul dengan tangan kosong. Pada gua, Antacid bukan calang2 pemuzik tambahan dengan kedua2 gitarist yang nampak benar2 gila dengan permainan instrument masing2. Kemasukan Fizan selaku vocalist juga nampak menambah kekuatan Antacid dengan cara pembawaan vocal yang lebih berkarekter. Sebutan dan diction yang lebih jelas dan vocal serak2 basah yang memang kena dengan gaya music Antacid. Bass yang masih menjadi tunjang kesinambungan kepada beat drum Old Skool Thrash Metal meletakkan Antacid dalam kelas tersendiri untuk genre ini dari konteks mysic Thrash Metal tempatan.

Force of Thunder (EP2017) boleh di beli dengan harga RM10 by hand atau sila berhubung dengan Antacid atau terus ke premis Virus Rekords/Basement Records melalui link yang kami sediakan dibawah video live mereka di True Thrash festival Osaka Japan 2017.

Antacid – Nuclear Inversion

Antacid – Deathstorm Aggressor

Antacid
Email
Official Website
Facebook

Viruz Rekords (Basement Records)
Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected