Ulcerate – Stare into Death and Be Still [Full Length, 2020]

0

Unit Technical Death Metal bergaya Unorthodox dari New Zealand ini telah mengeluarkan album penuh keenam mereka yang berjudul Stare Into Death and Be Still melalui Debemur Morti Productions pada hujung April 2020.

Stare into Death and Be Still masih meneruskan pendekatan Techical Death Metal yang berdissonant semenjak album Everything is Fire tetapi lebih accessible kepada first time listeners. Jika anda meletak expectation Death Metal yang berteknikal macam Necrophagist, Atheist atau Cryptopsy, anda mungkin akan terkeliru.

Seperti album-album mereka yang lain, Ulcerate suka menggunakan sound gitar yang berdissonant dan jangly selain stroke drumming yang non-standard untuk Death Metal (macam Jazz tapi brutal), penggunaan atmosphere dan approach ala Post Metal. Kalau saya nak ringkaskan, ia bagaikan organized chaos.

Untuk album ini, Ulcerate nampaknya lebih menumpukan kepada emotional build up yang menjurus kepada ketakutan dan terasa claustrophobic bila mendengar. Dan penggunaan atmosphere seakan Post-Metal yang semakin obvious selain trek-trek yang dipelbagaikan tempo. 

Stare into Death sebenarnya masih brutal in its own right tetapi seperti dialed down sedikit menjadikannya accessible. Berbanding Everything is Fire atau Vermis mahupun The Destroyer of All yang nyata lebih terrifying dengan sound yang harsh tak ingat dan bagaikan semua instruments berlaga sampai berkecai, Stre into Death boleh digambarkan sebagai perjalanan menuju ke arah kehancuran secara terkawal dengan struktur lagu yang masih kompleks. Jamie St Merat masih memainkan drum dengan gaya dan teknik yang unpredictable, seakan diimprove on the spot, ditunjangi permainan gitar Michael Hoggard yang mengelirukan (in a good way!) dan  pekikan Paul Kelland yang deep dan adakalanya bergema macam dalam gua.

Stare into Death and Be Still sememangnya tajuk yang sesuai. Punishing, terrifying dan uncomfortably good. Ia adalah anthem untuk apocalypse bila semua di sekeliling anda menemui penamatnya perlahan-perlahan dan anda menyaksikannya tanpa mampu berbuat apa-apa. Enjoyable tapi menakutkan pada masa yang sama. Gila!

Stare into Death and Be Still kini terdapat dalam format CD, pring hitam dan muat turun digital.

FFO: Gorguts, Deathspell Omega, Portal, Immolation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected