Tyranoisesaurus Attak! – Rengkong Terkeluaq + Dosa + Humiliated Grapes + Shocked

0

Gua terasa nak tulis sikit pasal sebuah split CD yang agak rare ini dimana menampilkan 4 buah band dari utara yang membawa irama bingit, pantas dan gila2! Dengan bertunjangkan irama grind dan mincecore, gua rasa split CD (sebenarnya lebih kepada CDR) bertajuk Tyranoisesaurus Attak! ini agak istimewa kerana band2 yang terlibat pernah memeriahkan pentas2 gig tempatan satu masa dulu. Kini mereka Rengkong Tekeluaq, Humiliated Grapes, Shocked sudah tidak aktif lagi namun Dosa masih giat meriliskan material sehingga kini. Ok, empat buah band dari utara tanahair ini rasanya perlu ada dalam kamus pemuzik2 grind muda yang baru lahir kini.

 
Tracklist :
Rengkong Tekeluaq
1 – Hypocrisy Suffer
2 – I Am What I Am
3 – Perjanjian Setan (Dark Nirrajim Cover)
4 – Toilet Politik
5 – Big Buxx Bring da Fuck
6 – Santapan Terakhir Untuk Paduka Raja Bersiong (Silkhannaz Cover)
7 – It’s Fallin’ Down Again

Rengkong Tekeluaq – Perjanjian Syaitan (Dark Nirrajim Cover)


Rengkong Tekeluaq menghidangkan 7 buah track berdurasi pendek yang diambil dari rakaman live. Paling menarik mereka membawakan 2 buah lagu cover dari Dark Nirrajim dan Silkhannaz dengan versi mereka sendiri. Bayangkan 2 lagu ini dibawa dengan versi grindcore yang sememangnya seronok untuk didengari..Hahahaha

Dosa
8 – Before They Were Rockstar
9 – Dress To Impress
10 – Rain Dance Operation
11 – Revenge Of The Scum
12 – Think Before You Throw
13 – I Hate Mary Jane But I Love Sofia Jane
14 – Stimmung (Cripple Bastards Cover)
15 – Globalism = Imperialism
16 – Games Of Hipocrisy
17 – Pay To Abuse
18 – Broken Heart

Dosa – Broken Heart


Antara band yang masih lagi aktif dalam penghasilan material2 terkini. Untuk split ini sound kualiti yang dapat didengari ternyata mentah walaupun melalui proses rakaman sebenar di studio (gua rasa rekod live barangkali). Namun pernah gua terbaca sesi temubual bersama Dosa dimana mereka mengakatakan mereka pernah menghasilkan rakaman yang punya sound clean dan solid tetapi mereka kesal kerana sound asli music Dosa bukanlah begitu. Hahahaha.. Dosa memang raw abisssss!

Humiliated Grapes
19 – Aku Benci Nak Makan Nasik, Tapi Patutkah Aku Makan Roti?
20 – Sang Durjana Ternganga
21 – Sayugia Katakan, Jangan Tengok Kiri
22 – Embun Dan Bantal Busuk
23 – Korupsi, Basi, Tali Temali
24 – Manusia Yang Pelaq
25 – The Serbuk Chop Budok Terobang
26 – Kenapa Kita Musti Tidur Pabila Kita Mengantok?
27 – La.. Hang Lagi!!
28 – Hari Hari Asyik Main Lagu Seniri, Bila Nak Main Lagu Cover Plak?

Humiliated Grapes – Hari Hari Asyik Main Lagu Seniri, Bila Nak Main Lagu Cover Plak?


Jika dilihat pada tajuk lagu yang dihidangkan boleh bikin pecah perut gelak. Sama seperti band terdahulu, Humiliated Grape turut memberikan persembahan dengan sound raw! Ok, gua nak gelak dulu sebab x tahan dengan tajuk2 lagu diorang.. Kahkahkah.. Lawak weiii…

Shocked
29 –  Blind Acceptance
30 – Mr Profitman
31 – (Tervett Kadet Cover)
32 – War System (Shitlickers Cover)
33 – Dirty Games
34 – Fight The Power

Shocked – Fight The Power


Shocked merupakan anda lagenda Mincecore Penang. Menghasilkan beberapa demo tape dan mereka antara band yang hampir2 kembali ke pentas live ketika tour album terbaru Carburetor Dung sebelum ini. Shocked adalah antara band2 yang rare di Malaysia. Hahaha..

Ok, gua rasa CD raksasa ini sangat rare untuk didapati pada zaman ini (gua pon nasib jek ada org tolak sama gua ini CD) dan istimewa kerana ianya antara hasil grind/noise/mincecore terawal tanahair walaupun ianya bukanlah mencapai standard sound album atau punya pakej profesional. Tetapi gua beranggapan split CD ini merupakan antara khazanah awal pergerakan music bising tempatan disamping kegemilangan band2 selatan tanahair yang mengganas ketika itu seperti Parkinson, Argon, Damokis dan sebagainya..

Ok, jumpa lagi jika gua ada benda2 lama untuk dikongsi.. Chowwwwww…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected