The Lightbringer – From the Void to Existence [Full Length, 2020]

0

The Lightbringer adalah Atmospheric/Melodic Black Metal dari Kanada. From the Void to Existence merupakan keluaran ketiga mereka yang merupakan self-release.Dengan tema kosmik dan creation meliputi keseluruhan album ini, saya mengakui terdapat feel yang grand dan epic dalam setiap trek yang ditawarkan (dan juga feel angkasa lepas). 

Saya merasakan From the Void to Existence tidaklah berapa menepati tag Black Metal dalam erti kata sebenar, malah saya merasakan ia lebih menjurus kepada Progressive/Atmospheric Metal dengan sentuhan Gothic (kerana ada vokal wanita) seperti old Tristania, Rain Fell Within atau sipi-sipi early Theatre of Tragedy. Saya menyukai paduan vokal sebegini yang memberi contrast dalam delivery suara.

Kualiti rakaman yang bersih memberi peluang kepada instruments dan vokal berkembar (gaya beauty and the beast) untuk tidak overlap each other. Namun disebabkan ini, ia terasa tidak organik dan tidak punchy. Saya perlu memuji elemen atmospheric yang ditampil seakan menjadi hasil daripada keyboard works yang berselang-seli dalam setiap trek dan memastikan overall sound mereka tidak rompong. Saya tidak berapa menggemari level drum yang ada masanya terasa memakan instruments lain serta kurang feel organiknya. Saya yakin ia bukan diprogram tapi terasa betul kualiti digital dalam setiap drum hits menyebabkan ia rasa unreal. Anyway, jangan terkejut di trek terakhir ada cover song Kitaro iaitu Caravansary! Takdelah inovatif sangat, sekadar lagu Kitaro dijadikan Metal dengan sentuhan symponic.

From the Void to Existence mempunyai hala tuju secara amnya, cuma memerlukan execution yang lebih kemas. Ia kurang impressive berbanding album Heptanity yang lebih berani dengan stail Power/Melodic Death Metal. 

From the Void to Existence kini terdapat dalam format muat turun digital dengan versi CD sedang dirancang.

FFO: Tristania, Rain Fell Within, Mechina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected