The Last Martyr – Hindsight [Single, 2021]

0

Unit Modern Metal dari Australia, The Last Martyr telah mengeluarkan single yang berjudul Hindsight. Single ini merupakan buah tangan terkini mereka pada 2021 ketika pandemik masih lagi meninggalkan kesan kepada industri muzik seluruh dunia.

Hindsight jelas sekali berpaksikan Nu-Metal era awal 2000 yang menggabungkan elemen elektronik dan gaya agresif yang mengingatkan pendengar kepada Kittie dan Marilyn Manson. Vokalis yang alternate antara clean dan pekikan nak pecah tekak memberi feel yang diverse dari feeling menyesal kepada menyirap nak pecahkan semua benda. Tak hairan pun , kerana Hindsight berkongsikan tentang runtunan perasaan akibat perhubungan yang retak. Yang paling saya terkesan adalah sound gitar yang sangat familiar jika anda pernah melalui era 2000 ketika Nu-Metal tengah peak. Sound yang generic antara nak jadi Groove dan Modern Rock masa tu banyak band yang utilize. Mendengar Hindsight seakan membawa saya kepada zaman tersebut. So generic but it reminds me of the old days. Kepada yang nak sound Nu-Metal yang mainstream, bawa-bawalah dengar The Last Martyr.

Hindsight kini terdapat dalam format streaming. 

FFO: Kittie, Marilyn Manson, Poppy, Five Pointe O

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected