The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble – From the Stairwell (2011)
The Kilimanjaro Darkjazz Ensemble atau TKDE, macam yang pernah gua tulis sebelum ni, adalah sebuah kolektif jazz yang pelik. Bukan jazz standard yang kebanyakan daripada kita tahu. Karakteristik TKDE (antaranya) adalah jazz yang free form, atmospheric dengan elemen elektronik dan noise dicuit sana-sini. Pada Mac 2011, band yang keahliannya daripada pelbagai negara telah menerbitkan album penuh From the Stairwell. Sebuah album yang berpaksi kepada tema ketidakpastian, misteri dan variasi ‘mood’ manusia.
1. All Is One
2. Giallo
3. White Eyes
4. Cocaïne
5. Celladoor
6. Cotard Delusion
7. Les Etoiles Mutantes
8. Past Midnight
Deskripsi di laman web tentang trek-trek ini memang mindboggling, Stairwell dijadikan analogi sebagai satu destinasi yang tak pasti. Apa ada di penghujung tangga yang gelap? Apa yang bakal dijumpai? TKDE cuba mencungkil rasa takut terhadap perkara tak pasti.
All is One– Trek pembuka yang bermood noir jazz dengan vokal wanita yang seksi tapi misteri. Piano dan trombone mendominasi trek ini. Boleh kata dreamy dan memberi mood macam bermimpi. Best!
White Eyes – Gua suka trompet dan gitar yang accompany vokal seakan-akan lullaby dalam lagu ni. Sekali lagi mood misteri dan mimpi terawang-awang sepanjang lagu berdurasi 8 minit ni. String yang kadang-kala menyelit buat rasa macam berjalan di tengah malam yang sepi. Santai. Tunggu di penghujung lagu, lu orang pasti terpesona dengan solo trompet mendayu-dayu. Cuba dengar dalam bilik yang gelap sambil tengok siling untuk efek yang maksimum haha.
Cocaine – Barangkali trek paling disturbing dan kuat elemen elektronik dalam album ni. Bunyi chimes dimainkan secara reverse, bunyian industrial, bunyi keluhan manusia (bab ni creepy sikit!) dan horns berbunyi sayup-sayup, seolah-olah melalui sebuah kilang besar dioperasikan kuasa ghaib. Gua meremang gak dengar tapi tunggu sehingga 2 minit terakhir! Clean gitar dengan efek reverb muncul dan memberi mood sublime dan uplifting seolah-olah berada di penghujung tunnel dan menemui cahaya kahkah.
Celladoor – Ini trek paling gua minat.Efek elektronik dimainkan secara reverse memberi idea macam lu orang bergerak menembusi berlapis-lapis peringkat atmosfera udara. Elemen paling menyinar di sini adalah vokal wanita yang humming sepanjang masa (mengingatkan gua perbuatan ibu-ibu mendodoikan bayi) dan gitar clean yang berbunyi indah. Tak lupa jugak piano yang meyokong movement gitar. Dreamy dan uplifting. Tak keterlaluan gua katakan berbunyi hopeful. Horns membuat penampilan di pertengahan lagu menjadikan rentak sedikit rancak. Terbaik!
Personally gua memang rasa album ni menangkap dan hampir berjaya dalam mengeksplorasi jenis-jenis mood berbeza dalam setiap lagu. Cuma 3 trek terakhir kurang mengagumkan, mungkin sebab gua impressed dengan Celladoor kot. Lepas dengar gua jadi macam sikit paranoid dan mellow, agaknya kesan daripada lagu-lagunya yang mindfuck dan panjang-panjang. Gua takde nak komen panjang-panjang sebab lu orang baik dengar sendiri la. Album yang bagus kalau rasa nak drown dalam emosi sendiri dan mengelamun waktu malam yang hujan haha.
6.5/10