Meor – Dari Rakyat Untuk Rakyat (2009)

0

Meor atau Meor Yusof Aziddin adalah seorang individu yang bergerak berseorangan dan peratus mainstreamnya tidaklah tinggi. Beberapa album nya di hasilkan sendiri dan jika terdapat di kedai2 music pun mungkin kedai itu antara kedai2 terpilih atau pun naseb anda baek. Jika terjumpa boleh lah rembat..haha.. Dari Rakyat Untuk Rakyat muncul sebagai album ketujuh nya (haha.. mamat ni dah lama start main music dan dari wiki dinyatakan dah start dari zaman Central Market lagi woo..) Individu ini menjadi sasaran review dari kami pihak DtE untuk pengenalan kepada anda pembaca semua..

Tracklist

1 – I.S.A (Ikut Suka Aku)
2 – Bapakku Seorang Y.B
3 – Sampai Bila
4 – Rakyat Bersatu
5 – Membenarkan Kebodohan
6 – Awas Api Perempuan Ini (a.A.P.I)
7 – Kejalan Lagi
8 – Raungan Anak Belantara
9 – Lagu Aman, Lagu Damai
10 – Shuhada Memali

Dari Rakyat Untuk Rakyat melalui proses rakaman, adunan dan mastering di Iseekmusic Recording Studio milik Mokhtarizal antara Jun sehingga Ogos 2009. Kesemua lagu adalah ciptaan Meor Yusof Aziddin manakala Mokhtarizal turut terlibat dalam proses penyusunan bersama Meor. Penerbit eksekutif ialah Amin Iskandar. Pemuzik2 yang terlibat didalam pembikinan album ini adalah Meor Yusof Azudin (vocal, akustik, elektrik gitar), Kunjai (bass), Ahmad Zahir (perkusi), Shafiq (cello), Penyanyi latar Rahmat Haron untuk I.S.A (Ikut Suka Aku) dan Rakyat Bersatu manakala Mei Chern untuk lagu bertajuk Awas Api Perempuan Ini (a.A.P.I). Album ini dikeluarkan oleh CRG Communication.

I.S.A (Ikut Suka Aku) merupakan pembukaan bagi album ini di mana lagu nya punya pengaruh reggae walaupun permulaannya sangat kuat bunyi The Eagle. Cuma korusnya agak rancak. Lirik tulisan Amer Hamzah Arshad agak politikal dan bersesuaian dengan tajuk lagu ianya seakan 1 medium penyampaian menggunakan lirik yang mudah disampaikan. Err gua suka bassline lagu ini.

Bapakku Seorang Y.B jika di lihat pada tajuknya agak kelakar. Permulaan lagu agak santai dengan tiupan harmonika yang kena sekali dengan mood lagu. Penyampaian vokal pada ketika ini mengingatkan gua pada Iwan Fals. Agak kuat juga pengaruh Iwan Fals dari 2 lagu terawal ini. Ini tidak dapat disangkalkan lagi dimana lirik lagu ini seakan tulisan spontan. Penulisan lirik lagu di lakukan oleh Pyanhabib. Walaupun seakan hanya tulisan berbentuk khayalan tetapi rasanya apa yg di tulis ini berlaku di dunia nyata. Sebuah lagu yang rilek, santai, sinis dan kelakar.

Sampai Bila agak menarik pada intro nya tetapi agak mendatar pada verse nya. Korus lagu seakan memberi semangat melalui lirik yang disampaikan. Tema nya juga sebenarnya berbau politik juga. Hahaha.. Lirik oleh Meor sendiri.

Rakyat Bersatu pula mengingatkan gua kepada seorang artis yang sudah lama menghilang iaitu Pak Pandir. Track ini berbau folks (maksud gua lagu2 rakyat). Lontaran vocal agak power jugak walaupun bukannya Meor menggunakan high pitch tetapi cara penyampaian nya untuk track ini berada dalam kondisi bersesuaian dan terbaek. Lirik lagu ini dihasilkan oleh Hishammudin Rais.

Membenarkan Kebodohan kembali ke rentak reggae. Pengaruh Bob Marley dari riffing reggaenya serta melodi vocal yang digunapakai untuk lagu ini. Ermm memang kental juga penangan reggae pada lagu ini. Tema liriknya masih sama iaitu politik. Hahaha.. Ehh jap, wa rasa macam lagu Hutan Rebah dari R.O.B lah pulak..kakaka.. Lirik ditulis oleh Abdullah Jones.

Awas Api Perempuan Ini (a.A.P.I) sangat berlainan. Kenapa gua katakan begitu? Kerana ia nya di dinyanyikan sepenuhnya oleh seorang penyanyi wanita. Beliau ialah Mei Chern. Begitu juga dengan tema lirik kali ini berkenaan pejuang revolusi iaitu Shamsiah Fakeh. Lirik tulisan oleh Rahmat Haron.

Kejalan Lagi benar2 berbau politik dan lirik berbau rebel. Ok mungkin boleh jadi ia nya ada kena mengena dengan perhimpuanan yang diadakan sejak kebelakangan ini. Lagunya pulak rilek dan santai. Penulis lirik agak sinonim dengan apa yg dihasilkan dari lirik iaitu Hishammudin Rais.

Raungan Anak Belantara punya penangan blues yang kuat. Solo harmonica, riffing dan cara penyampaian vocal yang ternyata ada kekuatan tersendiri. Kredit kepada Meor kerana berjaya menyusun melodi vocal yang baek walaupun ada beberapa part yang menggunakan progression kord yang agak pelik. Jika ada pernah mendengar Sahara Yaakob, Ito mungkin ada dapat memahami apa yang gua katakan ini. Lirik oleh Ubilepih.

Lagu Aman, Lagu Damai menggunakan gitar akustik dalam menghidupkan mood lagu. Sebuah lagu yang mendamaikan dan rilek melalui rentak dan lirik yang disampaikan. Errr ini lagu ini gua berasa seakan ada sedikit sumbang didalam beberapa bahagian melodi vocal yang dibawa Meor. Dan juga oleh kerana lagu ini banyak memerlukan kekuatan penggunaan high pitch, mungkin disini terdapat sedikit kegagalan pada bahagian vocal Meor. Namun keseluruhannya lagu ini masih boleh dianggap berjaya. Lirik sekali lagi dihasilkan oleh Ubilepih.

Shuhada Memali menjadi track terakhir didalam album ini. Sebuah track yang agak biasa namun liriknya sedikit sedih dan menceritakan apa yang berlaku di Memali. Lirik dihasilkan oleh penerbit eksekutif album ini iaitu Amin Iskandar.

Sound produksi album ini berada ditahap terbaek dalam kontek profesional album. Meor sebagai komposer berjaya menghasilkan lagu2 menarik dan lirik2 yang agak selamba dan tidak ditapis (tengoklah siapa penulis2 lirik untuk album ni..golongan2 radikal semua nya..haha). Pada gua Meor mungkin jawapan kepada Iwan Fals berdasarkan perjuangan music nya. Ok, xmau cakap banyak gua difahamkan album ni masih boleh didapati dengan harga RM20 beserta postage dengan menghubungi beliau sendiri di talian 0125901798. Ok, mungin untuk mengenali individu ini, kami sertakan email dan web rasmi beliau dibawah klip video untuk album dibawah ini.

Meor Yusof Aziddin – Dari Rakyat Untuk Rakyat (klip album)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected