Synthetic Breed – Perpetual Motion Machine (2010) – Cyber Metal Alaf Baru.

0

Ok, pernah dengar music2 teknikal yg moden dan bersains fiction? haha.. Ini mungkin kesinambungan daripada genre industrial serta gabungan elemen “djent”, math metal, teknikal dan barangkali termaktub juga sound2 atmospheric.Jika sebelum ini Fear Factory terkenal dgn bunyian sekental robot, Meshuggah dengan kiraan matematik dalam susunan lagunya, kini muncul sebuah lagi band yang memanipulasi kedua elemen ini lantas lahir lah terma Cyber Metal yang serba serbi penuh dgn atmosfera masa depan. Band ini ialah Synthetic Breed.

Synthetic Breed telah ditubuhkan sekitar 2001 di Melbourne, Australia dan line up terkini mereka adalah Cal Hughes – Vocals, Vinn Zylstra – Lead Guitar & Backing Vocals, Jonas Bahlo – Bass & Vocals dan Daniel Luttick – Drums. Sebelum nama Synthetic Breed dipilih, terlebih dahulu mereka menggunakan nama Cybernetics, kemudian sekali lagi menukar nama kepada Neuro Connectivity, dan Synthetic Breed merupakan nama ketiga mereka dan nama ini kekal sehingga sekarang.
Berbalik kepada album terbaru mereka bertajuk Perpetual Motion Machine ini, ia merupakan album penuh kedua mereka setelah kelahiran album pertama pada 2008 bertajuk Catatonic. Album terbaru bertajuk Perpetual Motion Machine ini diterbitkan oleh Symbiotic Records.
 Synthetic Breed – Perpetual Motion Machine (2010)
Terdapat 11 buah track didalam album Perpetual Motion Machine ini. Antaranya ialah :
01 – Resilience
02 – Beyond the Sphere of Reason
03 – Oblivion
04 – Convergence
05 – Molecular Self Assembly
06 – Narcissistic Indulgence
07 – Scourge
08 – Mirrored Reflections
09 – Afflictions of Advancement
10 – The Quiescent Subject
11 – Reciprocated Damnation
Produksi album ini amat baik sekali dan dinyatakan didalam website diorg, ini merupakan antara rakaman metal music terbaik di Australia pada 2010. Antara lagu yang punya riffing yg melekat di kepala gua ialah Resilience (lagu pembukaan yang permulaan lagu punya susunan menarik dan solo gitar yg segar), Oblivian dan Convergence (part tengah2 lagu ni rasa nk banging). Pada gua kredit patut diberikan kepada kesemua line up kerana kemampuan permainan teknikal yang ditunjukkan oleh setiap line up (bassist mungkin tenggelam sedikit tapi bukan mudah nk main music sebegini ya..) Penyampaian vocal dari Cal Hughes agak sama rata pada bahagian growl/scream dan juga clean vocal. Gitar pula memainkan peranan dalam permainan yang tersekat2 mengikut beat drum dan juga bunyian2 pelik yang pastinya dihasilkan dari efex2 yang seperti enjin kereta barangkali.. haha. Walaubagaimana pun gua sediit musykil dengan sound drum kerana ianya seakan drum machine. Paling ketara pada bahagian snare. Jika Daniel Luttick mampu memainkan lagu2 album ini secara live bermakna beliau merupakan seorang pemain drum yang handal kerana susunan beat drum untuk album ini agak kompleks sekali (gua masih terbayang drumbeat lagu Bleed dari Meshuggah, siap main velocity lagi utk dpt bunyi turun naik beat..ishh gila!!!)
Susunan music Perpetual Motion Machine jika dibandingkan dengan rilisan pertama Catatonic dahulu, boleh lah dikatakan album baru ini mempunyai struktur yang lebih tersusun. Jika album pertama lebih kepada permainan instrument yg laju, drum seakan robot namun kali ini susunan lagu tidak keterlaluan laju. Mungkin juga trend music sebegini sudah mula berani bermain dengan mood2 perlahan dan punya elemen atmospheric. Beberapa bahagian lagu juga menampilkan riffing perlahan dan mendayu. Ini mengingatkan gua pada satu lagi nama yang pasti akan meletup sedikit masa lagi iaitu Tesseract. Namun gua tidak kata Synthetic Breed dari rumpun yg sama dengan Tesseract tetapi jika anda pernah mendengar band seperti Mnemic, mungkin juga akan ada sedikit persamaan namun ianya tidak ketara.
Bagi yang belum mengenali irama metal alaf baru dengan elemen2 cyber, futuristik, science, teknology, fizik dan seantaranya, anda boleh jengok2 band ini di laman web rasmi, myspace serta facebook mereka. Link untuk mengenali mereka kami sertakan dibawah video mereka ini.

Synthetic Breed – Resilence (2010)


Synthetic Breed – Catatonic (2008)

Synthetic Breed – Techno Sedation (Live)
*lagu dipetik dari album pertama  Catatonic (2008)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected