Sylvan Awe – Transcend [Full Length, 2021]

0

Musim sejuk-sejuk, hujan-hujan dah tiba, jadi (mungkin) sepanjang bulan ini saya dalam mood nak mendengar Black Metal. Saya bernasib baik untuk menerima terbitan terkini duo Black Metal Australia, Sylvan Awe dalam bentuk album penuh kedua iaitu Transcend yang dikeluarkan melalui Northern Silence Productions.

Transcend adalah album yang sempurna untuk saya dengar ketika cuaca mendung dan menggarang tiba-tiba. Sebagaimana keadaan cuaca sekarang di hujung tahun, begitu juga keseluruhan album Transcend ini yang agresif dan bertubi menghidang permainan Black Metal yang sama sekali tidak meninggalkan sisi melodi yang dingin dan distant. 

Daripada trek pemulaan hingga ke trek penutup, saya menikmati stail Black Metal Sylvan Awe yang menjalin riff-riff yang negatif dan hopeless, mengingatkan saya kepada stail seperti Mgła, Sargeist, Uada dan Groza. Vokal yang barking menguatkan lagi intensity Transcend, di samping drumming yang bertalu membedil di setiap trek. Saya memang gemarkan tenaga Sylvan Awe yang meletus-letus dalam album ini. Ia bukanlah jenisan Black Metal yang menjadi garang tak bertempat, sebaliknya adalah cathartic; yang cukup jelas dari segi feel yang ditonjolkan. Ada masa terasa meraikan kejayaan, ada masa defiant, dan ada masa terasa letting all the anger out. Senang cakap, Transcend adalah terbitan yang mempunyai depth dan emosi, diterjemahkan baik dalam songwriting. Good stuff.

Transcend kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Sargeist, Uada, Mgła, Groza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected