Sunstrom Sound – Stormspace [Full Length, 2021]

0

Okey, ini adalah antara terbitan yang unik pernah sampai kepada kami. Jadi ulasan kali ini akan penuh dengan confusion, rasa teruja dan termenung panjang. Sunstrom Sound adalah projek solo ambient daripada pemuzik Seattle, John Holstrom. ‘Stormspace’ merupakan album terkininya yang dikeluarkan secara bebas.

Macam saya sebut tadi, Stormspace adalah terbitan unik, kerana walaupun ia adalah berorientasikan ambient, ia mempunyai sentuhan techno/dub dan mempunyai feel early 90s dari segi sound yang ditampilkan. Sejujurnya, saya rasa macam mendengar soundtrack dokumentari sains dan teknologi di awal 90-an. Teringat pulak siri Beyond 2000. Stormspace memberikan vibe yang seakan-akan drifting di angkasa lepas, melintasi pelbagai celestial bodies dan mengagumi kehebatan alam semesta. Tidak hairan jika anda berperasaan sebegitu kerana Stormspace sebenarnya bertemakan angkasa lepas, dan merupakan sambungan daripada terbitan sebelumnya berkisar tentang kitaran matahari. 

Stormspace bukanlah muzik untuk dihayati, sebaliknya lebih kepada background music untuk menemani aktiviti anda, sama ada keluar berjalan-jalan, kayuh basikal, baring atas rumput tengok langit atau pun sekadar termenung. Ia bertujuan untuk buat anda rileks dan tenang. Worked for me, and maybe for you too!

Stormspace kini terdapat dalam format piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Panama Fleets, Skaefox, Brian Eno

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected