Suffer Remain – Impaled Humanity (2015)

1

Suffer Remain merupakan antara produk yang gua boleh katakan antara yang sedang mengorak langkah untuk menggegarkan industri kecil music berat tanahair. Berasal dari Kuala Terengganu, yang juga melahirkan Nosferiel (Black Metal), Dysgusted (Gore/Porno Grind), band dari pantai timur yang memperjuangkan irama Death Metal ini nampak nya menyunting beberapa elemen lain dalam tunjang music mereka seperti Grind dan Brutal Death Metal. Impaled Humanity merupakan buah tangan terbaru dari mereka. Antara produk yang benar2 memperdengarkan kemampuan sebenar band ini disamping mutu rakaman yang benar2 profesional di bawah seliaan label Celestial Frequency.

Mohd Ezaidi (Guitar), Khairul Nizzam (Vocals), Mohd Tarmizi (Bass), Mohd Nazro (Drums)

 Artwork oleh Syah Art of Immolation
Layout/Design oleh Celestial Frequency
Tracklist :
1 – Disorder Unleashed
2 – Carnage
3 – Decease Through Mutilation
4 – Impaled Humanity
5 – Eruption Of A Rotten Brain
6 – Grotesque Impalement (Dying Fetus Cover)
7 – Dwelling Parasite (Demo)
8 – Disorder Unleashed (Demo)

Impaled Humanity melalui proses rakaman di Attack Digital Studio, Kelantan. Mohd Izwary & Baizura merupakan sound engineer untuk rakaman manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh Yusof Han. Kesemua lagu dan lirik dihasilkan oleh Suffer Remain kecuali Grotesque Impalement yang merupakan lagu saduran dari Dying Fetus. Impaled Humanity dikeluarkan oleh Celestial Frequency.


Disorder Unleashed yang dijadikan track pertama ternyata keras dan straight forward penangan Death Metal nya. Kelajuan yang terkawal dan menepati intipati irama Death Metal. Vocal, gitar, bass dan drum masing2 memainkan peranan dengan cukup baek dan tiada yang kalah dari segi individual nya. Masing2 memberi komitmen dan soul yang baek untuk track ini.

Carnage adalah track tanpa solo dan sekadar background riffing dan solo gitar menggila yang dimainkan secara berlainan untuk kiri dan kanan stereo. 2 minit 28 saat untuk pekikan solo gitar yang ternyata menusuk gegendang telinga!

Decease Through Mutilation lebih agresif dari track pertama. Tiada belas kasihan dengan tujahan riffingyang keras serta permainan yang pantas. Pengaruh Suffocation boleh dikesan pada awal track serta Disgore sekitar pertengahan sehingga akhir track.

Impaled Humanity sama kental nya seperti track pertama dan ketiga tadi. Semakin bernafsu setiap line up nya dengan posisi masing2. Kegilaan drummer band ini nampak lebih extreme untuk track ini dalam mengejar apa yang dimainkan oleh pemain gitar. Seperkara yang perlu di nyatakan, band ini boleh tahan juga penangan teknikal nya. Haha.. Track yang sesuai benar sebagai tajuk CD ini.

Eruption Of A Rotten Brain adalah formasi sama seperti track bertajuk Carnage. Permainan solo gitar berapi yang dimainkan berseorangan pula kali ini. Cukup untuk seminit setengah.

Grotesque Impalement merupakan track saduran dari Dying Fetus yang diambil dari Ep tahun 2000. Senang cakap tiada masalah langsung untuk Suffer Remain memeainkan track ini. Namun gua berani katakan Suffer Remain memainkan nya dengan tempo yang lebih laju dari apa yang dimainkan Dying Fetus.

Dwelling Parasite (Demo) boleh jadi merupakan track bonus dimana ianya adalah rakaman demo yang diselitkan didalam album ini. Jika diteliti kualiti rakaman demo ini boleh dibanggakan kerana punya kualiti yang agak baek.

Disorder Unleashed (Demo) juga merupakan rakaman dalam bentuk demo. Tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan track ini, mungkin boleh dijadikan perbandingan dengan hasil profesional dari track pertama.

Seperkara yang menarik produk dari label naungan Suffer Remain iaitu Celestial Frequency ternyata mengenengahkan mutu kualiti rakaman yang cukup profesional. Oleh itu kepada pendengar irama Death Metal tepu, anda tidak perlu merasa sangsi akan kualiti bunyi yang akan anda dengar dari CD Impaled Humanity ini.

Impaled Humanity boleh diperolehi melalui fizikal copy iaitu profesional CD format jewel case dengan harga RM33 by pos atau digital download melalui itunes, Deezer mahupun Spotify. Ini satu produk berat, brutal dan keras dari Pantai Timur. Kepada anda yang dahagakan irama keras seperti Defeated Sanity, Disgorge, Condemned, Despondency dan Suffocation, jangan lupa untuk dapatkan CD ini. Support mereka kerana ternyata mereka sudah bersedia!!!! Hubungi Suffer Remain atau Celestial Frequency melalui link2 dibawah untuk copy anda.

Suffer Remain – Live at Dungun, Terengganu 2014

Suffer Remain
Facebook
Reverbnation

Celestial Frequency (Malaysia)
Email
Facebook

1 thought on “Suffer Remain – Impaled Humanity (2015)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected