Shocked – War Against War (Demo 1996)

0

Shocked merupakan antara band2 tempatan terawal yang memperjuangkan irama Mince / Grindcore / Death Metal yang punya elemen kuat Metal, Punk, Crusty. Band yang berasal dari Pulau Pinang ini mempunyai pengaruh kuat Agathocles, Disrupt, Hiatus dan Napalm Death serta lirik yang berunsur politikal. War Against War merupakan sebuah demo yang dihasilkan pada 1996. Line up Shocked untuk demo ini adalah Jan (Deep Throat), Apit (Sore Throat), Nizam (Bass), Najib (Guitars), Ari (Drums). Status terkini, Shocked tidak lagi aktif walaupun beberapa tahun lepas Shocked hampir2 membuat comeback dengan line up asal dalam satu gig di Pulau Pinang namun ia nya tidak kesampaian.

Tracklist :
1 – Encyclopedia
2 – Another Conformist In Town
3 – No Hope
4 – Neo Nazi Menyangkak
5 – Parasite
6 – Mr Profitman
7 – Chirac
8 – Chirac (Live at Chronic Moshing Gig)
9 – John Holmes (Live at Chronic Moshing Gig)
10 – Murija Die (Live at Chronic Moshing Gig)
11 – Neo Nazi Menyangkak (Live at Chronic Moshing Gig)

Tidak dinyatakan lokasi War Against War dirakam, namun 4 track live adalah dari rakaman Chronic Moshing Gig.

7 track pertama boleh dikira rakaman track by track (dari pendengaran dan pengamatan gua lah..) dan memiliki kualiti rakaman yang baek untuk tahun terbitnya demo tersebut (1996). Rencah music Shocked nampak agak mudah komposisinya namun beberapa part seperti grind sudah boleh dikira melawan arus untuk zaman tersebut. Riffing gitar juga ada kala nya seakan sedikit komedi. Serangan duo vocal yang berbeza teknik ngauman seakan satu kekuatan yang ada pada Shocked.

Diberitakan sebuah label bawahtanah tempatan akan mengulangcetak demo ini dalam bentuk kaset. Ia nya adalah sebuah berita baek terutama kepada generasi2 masakini yang tidak sempat melalui kegemilangan era 90an dahulu.

Ok, tidak banyak nak gua katakan berkenaan demo ini, cuma gua masih teringat bila gua baca 1 artikel yang menulis begini = “They are probably “one of the best bands in Malaysia” (no kidding!). In No Solution Zine #1 recently, Agathocles was interviewed and confirmed, without a doubt, that Shocked is a “killer band!”.

Ok, sebagai penutup ini kami sertakan sebuah track yang agak kult bagi pengikut Shocked satu ketika dahulu… Layan…

Shocked – Neo Nazi Menyangkak


Shocked – Metal Archives

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected