Servorum – Atramentous (Demo 2015)

0

Servorum merupakan sebuah band yang membawa genre War Metal. Berasal dari Filipina, band ini telah ditubuhkan oleh Salarda dan Sonoy sekitar awal 2008. Menghasilkan demo pertama bertajuk We Are Brutality pada 2006 sebelum muncul dengan single bertajuk Paramount Slaughter pada 2010 diikuti album pertama bertajuk Siege Demons pada 2011. Salarda yang memegang posisi sebagai Vocalist/Bassist masih bersama Sonoy diposisi guitarist sehingga sekarang walaupon berlaku perubahan line up sepanjang penubuhan Servorum. Dan untuk 2015 Servorum mengeluarkan sebuah demo bertajuk Atramentous yang mengandungi 5 buah lagu.

Salarda – Vocals/Bass
Sonoy – Guitars
Artwork oleh M.D. Madriago, Isabela,
Negros Occidental Philipines
Tracklist
1 – Paramount Slaughter
2 – Colossal Fatality
3 – Nuclear Holocaust
4 – Damnation “Raping of Angels”(Impaled Nazarene Cover)
5 – Transylvania Hunger (Darkthrone Cover)

Atramentous (Demo 2015) melalui proses rakaman dan mixing di Salarda Destruktive Motors sekitar November 2015. Demo ini dikeluarkan sendiri oleh Servorum dalam format CD manakala Faithcraft Productions dari Malaysia mengeluarkan dalam format limited 100 unit kaset sahaja.

Mendengar demo Atramentous ini seakan sedikit mendowngredkan kepuasan dari segi mutu bunyi jika anda pernah mendengar hasil rakaman album Siege Demons (2011) namun apa lah sangat kerana Atramentous hanya lah berstatus demo. Mungkin untuk memberitahu bahawa Servorum masih lagi hidup walaupun hanya berdua sahaja sebagai line up tetap. Selain itu boleh dikira 2 buah cover songs dari Impaled Nazarene dan Darkthrone merupakan antara rakaman terbaru dari Servorum selain 3 track awal yang pernah dimasukkan didalam album Siege Demons (2011).

Gua mentafsirkan Atramentous berada dalam circle Death/Black Metal. Servorum juga boleh dikatakan band yang mengejar kelajuan. Gua rasa pengaruh dari Morbid Angel sehingga Marduk boleh dihidu dari ke lima2 track terhidang dalam demo ini. Dari segi permainan instruments ternyata Servorum sebuah band yang punya jiwa jitu dalam music yang diperjuangkan. Soul tu memang ada untuk genre berteraskan War Metal ini. Riffing yang laju (kadangkala seakan mendengar Impiety), drumming yang tidak memberi ruang kosong serta pekikan vocalist memang kena dengan mood dan hala tuju konsep band ini.


Dapatkan Atramentous (Demo 2015) dalam format CD dengan menghubungi email dan laman sesawang Servorum yang kami sediakan manakala untuk pendengar tempatan boleh dapatkan dalam format kaset melalui Faithcraft Productions dengan harga RM10 by hand atau RM16 by postage.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected