Putrefied Remains – The Enthronement (2016)

0

Antara band yang membawa irama gelap Greece, aktif dalam penghasilan material dan mula menghangatkan pentas2 gig tempatan. Itulah Putrefied Remains, band yang jika diperhatikan sedang meningkat naek dengan irama era 90’s mungkin kerana line up yang berasal dari evolusi music berat tempatan ketika itu. Setelah menghasilkan split 7″ bertajuk Unholy Alliance bersama Obsecration (Greece), pada 6 Julai 2016 album kedua bertajuk The Enthronement telah dikeluarkan oleh label dari Germany iaitu Barbaric Wrath.

 Thalexi Mastha’ (Lead Guitars), Morbidfire (Guitars ), NekroShaman (Vocals), Jie Mutilator (Bass, Keyboards), Azimuth (Drums, Vocals)

 Cover artwork oleh Atan Shareat
Edited by Shah Zaini (Farasu)
Layout oleh The Brewmistress (Witches Brew)
Tracklist :
1 – Proclitic Unveiling Revelation
2 – Drowning in Blood
3 – Desolate in Endless Darkness
4 – Evil Symphonies
5 – Catastrophic Downfall
6 – Marutuk
7 – Into the Fire (1349)
8 – Esoteric Domination
9 – Mythological Beast
10 – The Enthronement (King ov the King)
11 – The Curse of Sorceress
12 – Birthright of the Graven Image (Varathron Cover)
* versi kaset hanya 10 track manakala versi CD 12 track termasuk bonus track 11 & 12.

The Enthronement (2016) melalui proses rakaman, mix dan mastering sekitar Julai 2015 sehingga Januari 2016 bertempat di Majesty Embin Lab Perak oleh Jie Mutilator. Track ke 11 iaitu The Curse of Sorceress merupakan track yang pernah dikeluarkan untuk split Unholy Alliance bersama Obsecration (Greece) namun untuk versi CD punya kelainan untuk part guitar solo.

Sepanjang penghayatan gua berkenaan album kedua Putrefied Remains ini, gua rasakan vibe untuk album ini bermula untuk track ke 4 iaitu Evil Symphonies dan seterusnya.. Pada gua juga track kedua dan ketiga masih lagi punya feel album pertama (jika anda ada dengar album pertama dulu lah, atau x pun klik SINI untuk layan streaming sekejap). Boleh juga rasanya gua kata dari track Evil Symphonies dan seterusnya juga sound yang lebih kelam boleh dirasai dan disitu nampak perbezaan feel diantara The Enthronement (2016) dan Novus Ordo Secrolum (2014).

Dari segi sound produksi, The Enthronement (2016) kedengaran lebih kelam dari album terdahulu. Sound dan tone gitar juga kedengaran tidak terlalu bright seperti album pertama. Senang cakap sound sedikit kotor lah dari previous release. Tone lemak bass dari Jie Mutilator juga seakan sedikit terganggu dengan overall sound yang tidak terlalu bersih ini namun permainan bass “bunga-bunga” dari beliau masih boleh didengar dengan jelas (kalau 1st album memang menonjol tone lemak bass sebab tone/sound gitar yang bersih dan bright).

Track pilihan : Evil Symphonies, Catastrophic Downfall, Esoteric Domination, Mythological Beast.

Untuk peminat : Rotting Christ, Varathron, Necromantia, Thou Art Lord, Katavasia da n band2 sisi gelap Greece.

The Enthronement (2016) didatangkan dengan 2 format iaitu pro printed CD (666 copies dan 150 copies untuk pasaran Malaysia) dan limited kaset. Untuk pembelian CD by hand RM40 dan by postage RM47. Manakala 200 copies limited kaset by hand RM15 dan RM22 by postage. Turut di keluarkan patches by hand RM20 dan by postage RM27. Untuk ketiga2 items diehard price (CD+kaset+patches) RM70 termasuk postage. Sila hubungi Putrefied Remains melalui laman facebook mereka.

Email
Facebook

p/s – Gua perasan Putrefied Remains antara band2 yang kerap menghasilkan material seperti apa yang dilakukan Humiliation. Support mereka untuk mereka terus berkarya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected