Sepulchre of Man – Curtain Call [Single, 2021]

0

Sebenarnya sedap juga Death Metal yang dijalin bersama elemen Symphonic. Obviously it works with almost every Metal sub-genre. Macam single berjudul Curtain Call daripada band Afrika Selatan bernama Sepulchre of Man. Ini merupakan sneak peek kepada album penuh mereka ‘The Reckoning’ yang bakal keluar pada tahun ini melalui MMD Records.

Saya mendengar beberapa hasil kerja band Symphonic Death Metal seperti Fleshgod Apocalypse dan Mechina yang mempunyai feel yang grand, epic dan somehow sinister. Sepulchre of Man juga tak terkecuali, semestinya kerana hidangan Death Metal mereka yang intense dan bersulam dengan layers of Orchestral elements yang saya boleh gambarkan sebagai cinematic dan juga melancholic serta macam saya sebut tadi, epik. Saya berupaya trace beberapa pengaruh daripada band-band utama dunia dalam songwriting mereka seperti Septicflesh dan Carach Angren.

Sejujurnya, sebagai seorang yang tinggal di Asia Tenggara dan berpeluang mendengar hasil kerja dari tempat yang sangat jauh dari sini iaitu Afrika Selatan, saya sangat teruja untuk mengetahui bagaimana kemampuan pemuzik di sana untuk craft dan mold Metal mengikut cara mereka sendiri. Saya menyukai idea dan execution mereka, namun saya mendapati kualiti rakaman mereka terlalu bersih dan tidak organik terutamanya instruments seperti gitar, bass dan dram. Secara peribadi, saya mengharapkan sound yang lebih abrasive untuk menandingi elemen Symphonic yang digunakan. Kalau tidak, instruments ini akan menjadi sekadar iringan sahaja dan tidak mencabar musicianship mereka. Saya mengharapkan album penuh mereka akan lebih garang dan bervariasi. Tak sabar sebenarnya.

Curtain Call kini terdapat dalam format muat turun digital.

FFO: Septicflesh, Dimmu Borgir, Carach Angren, Surdus, Spectral Realm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected