Sabotage – The Order of Genocide (EP2019)

0

Sabotage adalah merupakan antara nama-nama baru sebagai pejuang Thrash Metal yang harus diberi perhatian. Didatangkan dari Bassein, Mumbai India, Sabotage yang dilahirkan sekitar 2017 dianggotai 5  line up yang lebih menjuruskan idea dan konsep Thrash Metal mereka kepada jenisan Old Skool dengan aroma Bay Area. Reputasi sebagai finalist Wacken Metal Battle (India) sebanyak dua kali memberi mereka sedikit perhatian dari pendengar dan label-label luar. Menghasilkan dua buah single sebagai pengenalan untuk dua tahun awal penubuhan, Sabotage tidak menoleh
kebelakang untuk menghasilkan material rasmi berjudul The Order of Genocide (EP2019) mula dipasarkan pada 22 July 2019. Untuk released ini, ianya dikeluarkan secara independent oleh Sabotage sendiri.

Malhar Bhanushali (Drums), Annand Mulgund (Vocals), Cyril Thomas (Rhythm Guitars), Rahul Bhatt (Bass), Yash Pujari (Lead Guitars)
Artwork oleh Varun Panchal
Tracklist :
1 – The Order of Genocide
2 – Failed Is the Law
3 – Bloodthrist
4 – Public Enemy

The Order of Genocide (EP2019) melalui proses rakaman di Soundscape Studios oleh Moin Farooqui manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh Keshav Dhar di Illusion Audio Productions.

4 buah tracks dengan total durasi 16 minit 42 saat boleh dikira berbaloi dengan 4 buah tracks yang cukup kental pengaruh Old Skool Thrash Metal. Gua dapat menghidu beberapa pengaruh music seperti Death Angel, Exodus, Slayer, Metallica, Anthrax, Sacred Reich, Annihilator dan jenisan seangkatan dalam penulisan lagu2 mereka. Mungkin apabila mendengar beberapa kali, ianya seakan Sabotage adalah band yang berada dalam situasi seakan “seekor singa yang kelaparan” hahaha.. Penulisan lagu2 mereka agak teratur, punya flow dalam tempo laju dan perlahan dan tidak terlalu menggila seperti mendengar band2 yang membawa elemen Teutonic Thrash Metal.

Dari segi sound produksi, ianya boleh dibanggakan dan ternyata teknologi, kemahiran dan kepakaran dalam industri sound audio di India sudah jauh meningkat dan maju kehadapan. Gua pasti untuk debut full length mereka nanti, Sabotage bakal menghasilkan sound produksi yang lebih matang dan lebih power!

Setakat review ini ditulis, The Order of Genocide (EP2019) hanya dikeluarkan dalam format jewel case CD dan juga digital dimana segala urusan purchasing boleh dilakukan dengan mengunjungi laman bandcamp merka seperti yang kami sediakan dibawah.

Sabotage
Email
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected