Batushka – Hospodi (2019)

0

Sedia maklum kepada penggemar Black Metal, band yang tiba2 menjadi fenomena sekitar 2015-2016 iaitu Batushka yang tampil dengan sebuah album masterpiece Litourgiya (2015) kini telah terbahagi kepada dua. Pengasas dan mastermind Krzysztof Drabikowski telah muncul dengan album kedua bertajuk Panihida (2019) sekitar May lepas secara digital manakala di kem yang lain dibawah pimpinan Bartlomiej Krysiuk yang aktif menjelajah untuk tour dan telah melahirkan album terbaru berjudul Hospodi (2019) dibawah label besar Metal Blade. Released ini secara rasmi menemui peminat pada 12 July 2019.

Batushka 2019

Batushka – Hospodi (2019)

Tracklist :
1 – Wozglas
2 – Dziewiatyj Czas
3 – Wieczernia
4 – Powieczerje
5 – Polunosznica
6 – Utrenia
7 – Pierwyj Czas
8 – Tretij Czas
9 – Szestoj Czas
10 – Liturgiya

Walaupun diketahui krisis pemilikan nama Batushka yang mana banyak komen berbau negatif dituju kepada Krysiuk, namun Hospodi tetap menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh penggemar irama Black Metal modern dunia. Walaupun terdahulu, Krysiuk bersama line up terkini telah memainkan keseluruhan lagu2 terkini dari Hospodi dibeberapa festival music, namun Hospodi tetap punya “demand” tersendiri dari serata dunia.

Terdahulu Batushka telah mengeluarkan 3 buah single beserta video mudic rasmi sebagai promosi sebelum Hospodi berada di pasaran. Manakala track terakhir Liturgiya dan Pierwyj Czas turut disertakan video music ketika Hospodi baru menjengah pasaran.

Polunosznica (Official Music Video)
Wieczernia (Official Music Video)
Utrenia (Official Music Video)
Liturgiya (Official Music Video)

Pierwyj Czas (Official Music Video)

Ok, ayuh bercerita mengenai Hospodi (2019). Album ini menjadi playlist gua untuk beberapa hari tanpa skip dalam masa hampir seminggu. Teknikalnya Hospodi adalah sesuatu yang punya kelainan dari apa yang terhasil melalui Litourgiya (2015). Difahamkan proses komposisi lagu adalah dilakukan oleh gitarist band Furia iaitu Artur Ruminski manakala untuk sesi rakaman/live menggunakan pemain drum band Hate iaitu Pawel Jaroszewicz. Walaupun masih mengekalkan elemen choir dan chant gereja, bunyian loceng, custom untuk persembahan pentas (ada kelainan sedikit) namun Hospodi kedengaran agak menyimpang dari “soul” asal yang sedia ada ketika Litourgiya (2015) dilahirkan. Riffing guitar mungkin kedengaran agak kurang feel Black Metal nya namun sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah komposisi lagu2 adalah lebih catchy dan mudah melekat di minda. Ini adalah antara kekuatan Hospodi selain sound produksi yang ternyata begitu profesional dan menyerlah untuk keseluruhan mutu bunyi.

Review ikhlas gua, Hospodi tidaklah terlalu “suck” hasilnya seperti apa yang diluahkan oleh pengikut fanatik Krzysztof Drabikowski. Hospodi masih boleh diangkat sebagai antara release Black Metal antarabangsa yang bagus walaupun menyimpang dari landasan muisc direction asal Batushka era Litourgiya (2015). ia adalah sebuah produksi yang bagus dari segi sound produksi yang ternyata punya kualiti terbaek dan bombastik! Ia juga agak catchy untuk beberapa bahagian lagu kebanyakkannya. Mungkin Hospodi tidak akan dikecam jika Bart menggunakan nama lain selain Batushka (sekadar pandangan editor).

Track pilihan : Wieczernia, Powieczerje & Utrenia

Kesemua track dari Hospodi telah dimuatnaik dan boleh didengar/streaming melalui laman bandcamp dan untuk format fizikal telah dikeluarkan dibawah label Metal Blade. Hospodi (2019) turut dikeluarkan oleh beberapa label lain seperti Mystic Productions (Poland), Not On Label (Poland), Kattran Records (Russia). Jika anda mahukan sesuatu kelainan dari mendengar Black Metal yang tipikal, Hospodi (2019) mungkin dapat memberi sedikit “kesegaran” kepada anda. Jika anda masih tidak boleh move on dari Litourgiya (2015), album ini akan membuatkan anda berasa kecewa.

Batushka
Email
Official Website
Official Webstore
Facebook
Instagram
Bandcamp

Metal Blade
Email
Official Website
Official Webstore
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected