Rudra – Enemy of Duality (2016)

0

Selain Impiety, Singapura turut terkenal dengan beberapa band beraliran keras yang turut berjaya menakluk pentas2 antarabangsa. Demisor, Wormrot antara nama2 pejuang irama grindcore yang sudah dikenali, namun bagi Rudra mereka adalah antara perintis awal yang membawa konsep Verdic Metal di Singapura amnya.  Bermula pada 1992, Rudra antara band yang tidak memandang ke belakang, mereka maju setapak demi setapak, menakluk pentas2 gig tempatan sehingga menggegar bumi Eropah. Telah menghasilkan tujuh album sebelum ini, terbaru bersama Transcending Obscurity, mereka bakal melahirkan album ke lapan bertajuk Enemy of Duality yang dijadualkan akan berada di pasaran pada 17 December 2016.

 Kathir (Vocals, Bass), Vinod (Guitars), Simon (Guitars), Shiva (Drums)

Tracklist :

1 – Abating the Firebrand
2 – Slay the Demons of Duality
3 – Perception Apparent
4 – Acosmic Self
5 – Root of Misapprehension
6 – Seer of All
7 – Hermit in Nididhyasana    
8 – Ancient Fourth

Terlebih dahulu sebagai intro, gua nak bagitau gua mula mendengar Rudra melalui kompilasi Metal Legion (1998), dan penghasilan album dalam kadar progress yang bagus antara penyebab Rudra mendapat perhatian selain keberanian mereka menjelajah pentas2 serata dunia untuk persembahan live termasuk benua Eropah. Brahmavidya: Primordial I (2005), Brahmavidya: Transcendental I (2009) dan Brahmavidya: Immortal I (2011) adalah antara album2 yang pada gua antara album2 terbaek Rudra pada pendengaran gua.

Ok, berbalik kepada Enemy of Duality (2016), elemen2 tradisional perkusi dan alat music tiupan India adalah satu kemestian dalam album2 Rudra yang mana ianya adalah trademark kepada “Verdic Metal” bawaan Rudra. Damaru Singapore merupakan musician yang terlibat dalam rakaman album ini.

Rudra – Slay the Demons of Duality

Slay the Demons of Duality merupakan single pertama yang dijadikan preview awal Enemy of Duality. Merupakan track kedua selepas Abating the Firebrand.

Untuk 3 track terawal Rudra menggunakan sample bunyi sebagai intro contohnya penggunaan percakapan menggunakan bahasa ibunda mereka pada track pertama, sedikit instrument string untuk track kedua dan blower untuk track ketiga. Paling menarik apabila kesemua instruments tradisional India ini dimainkan untuk permulaan track Root of Misanpprehension.

Sepanjang pendengaran gua, vibe album ini bermula dari track Acosmic Self iaitu track ke 4 dimana pada gua ianya adalah sebuah track yang memulakan feel yang agak kelam dan agresif. Punya feel yang cukup gelap. Solo gitar berselang seli antara kedua2 gitarist menambahkan lagi keistimewaan pada track ini. Turutan dari track ke empat sehingga track terakhir memang punya feel asli “Verdic Metal” jika anda memang follower mereka dari awal.

Track pilihan : Hermit in Nididhyasana, Acosmic Self, Root of Misapprehension

Rudra – Enemy of Duality akan berada di pasaran secara rasmi pada 17 december 2016 dan ianya akan dikeluarkan dalam format slipcase CD. Sila ikuti perkembangan berkenaan album ini untuk sebarang urusan pembelian untuk format fizikal (CD) atau digital (bandcamp) melalui laman web rasmi, facebook atau terus ke laman web Transcending Obscurity. Untuk format CD hanya dikeluarkan limited 500 copies worldwide.

Rudra
Email (Booking)
Email (Booking)
Official Website
Facebook
Twitter

Transcending Obscurity Distribution
Email
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected