REVENGE: 5 glorious years of babes, cokes and rock n roll
Salam sejahtera semua..urghh terlalu formal pulak..ini adalah penulisan pertama aku. Khabar yang aku ingin kongsikan bersama kita semua yang ada di dalam scene musik Malaysia yang tak berapa nk meluas ini adalah ceritera tentang sebuah band dan boleh dikatakan juga diorang adalah salah satu band yang telah berusaha untuk mengembalikan era kegemilangan rock melayu kita atau dengan bahasa yang lebih komersial rock kapak atau rock kangkang. Mereka iaitu the one and only — Revenge.
Dari segi penghasilan produk mereka telah melahirkan sebuah EP pada tahun 2007 yang bertajuk
Legends of Rock & Roll. Di dalam EP ini terdapat 5 buah tracklist iaitu Legends of Rock& Roll, Rokku Japparena, Wild..wild..wild, Emily dan Ready to roll. Di dalam EP ini antara lagu yang menarik minat aku ialah Legends of Rock & Roll, bersesuaian dengan tajuk yang diberi menjadi pembuka halwa si pendengar untuk membukakan minda mereka untuk menerima irama musik Rock n Roll/Heavy metal. Rokku Japparena mempunyai keunikan tersendiri iaitu penulisan liriknya di dalam bahasa Jepun.
Cukuplah celoteh reviu tentang revenge serba sedikit maaflah jika terdapat kekurangan. Motif artikel ini adalah ingin berkongsi bersama mengapa Farith Jamal atau lebih dikenali sebagai Ayed dan rakan bandnya ingin menamatkan perjalanan Revenge pada tahun 2010 ini sedangkan mereka sedang berada pada tahap kegemilangan mereka..Kenapa ya? Setelah bersembang dengan Ayed di Facebook akhirnya dia menyatakan sendiri kenapa hasratnya itu ditunaikan. Antara beberapa sebab Revenge ingin RIP ialah Ayed berkata cukup sehingga di sinilah misi perjuangannya bersama Revenge sebagai antara band yang menjadi pembuka untuk mengembalikan era kegemilangan Rock kapak “Saya akui sebab pertama ini adalah benar kerana Revenge telah menjadi salah satu band pembuka era rock kapak generasi baru yang berjaya” dan sebab yang kedua ialah Ayed berhasrat membawa haluannya sendiri, masih di dalam arena musik untuk membantu band band baru untuk terus naik, misi terbaru ini bernaung di bawah label Ayed dan rakan – rakannya iaitu RawkCats Records. Rawkcats Records juga beroperasi sebagai sebuah syarikat event management. Antara personaliti yang menjadi tonggak dibawah label ini ialah S.Azril – Business Devt Manager,Farith Jamal – Partner dan Tengku Deon – representative to Director. Projek pertama yang telah dijaya oleh RCR ialah gig rock kangkang 2010 dengan kehadiran Junction, Meditasi dan Rockers. Projek pertama mereka ini boleh dikatakan agak berjaya dan mendapat sambutan yang mengalakkan. Pengakhiran perjalanan revenge telah di persetujui oleh kesemua ahli revenge. So dengan status terbaru ahli Revenge:
Apple & Buset – agenda sendiri
Wak – berhenti rehat walaupun agak bersedih dgn pengakhiran Revenge
Untuk mengakhiri artikel ini aku menyampaikan harapan Ayed dan Rawkcats Record iaitu ingin membantu band – band baru terus naik dan berjaya dan berharap mempunyai event team yang kuat dan berjaya. Aku berharap Ayed dan rakan revengenya terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi oleh mereka.
“We really listened to Revenge CD over and over again while driving in Australia and New Zealand.
Our only complaint is that it is too short. You could really tell that the guys were having a lot of fun making it, unlike a lot of U.S. bands that do 80-style metal but seem to be making fun OF it.””
(Brandon Geist, Executive Editor of Revolver Magazine on Revenge’s EP album ‘Legends of Rock ‘n’ Roll’).
*Kredit – Sumber fakta – fakta artikel ini dirujuk dari :
http://www.reverbnation.com/page_object/page_object_bio/artist_668353
Artikel di edit oleh Ababil.
Dan sumber lain dari hasil interview tidak formal dengan Ayed di Facebook.
addendum by ed: Gua harap perpecahan Revenge ni hanya sementara dan mereka dapat bersatu semula pada masa akan datang. Tapi sehingga itu, teruskan berjuang band-band revival heavy metal yang lain!
Adi Hellfire : REVENGE TIDAK BERPECAH. SEBALIKNYA ANGGOTA BAND INI MASIH LEPAK BERSAMA-SAMA. DAN CIRCLE LAMA MASIH LAGI WUJUD. CARA TERBAIK MEREKA UNTUK MENYINGKIRKAN VOKALIS ADALAH DENGAN KELUAR DARI KUMPULAN ITU SENDIRI. BANYAK MASALAH DALAMAN BERPUNCA DARIPADA VOKALIS YANG GILA KUASA, TIKAM BELAKANG, DAN MEMECAH BELAHKAN AHLI KUMPULAN SERTA KAWAN-KAWAN YANG BANYAK MENYOKONG SEJAK AWAL KUMPULAN INI MERANGKAK DI PERSADA MUZIK ROCK TANAH AIR.
NO KOMEN
Adi Hellfire : BANYAK LAGI CERITA YANG KALAU ADE PELUANG AKU NAK BONGKARKAN HABIS HABISAN. SALAH SATU CERITA IALAH BAGAIMANA SI BABI TONYOK (U KNOW WHO)BUAT CERITA KAT SEMUA ORANG PASAL NUCLEAR STRIKE SAMPAIKAN KUMPULAN INI PERNAH DI BANNED OLEH PENGANJUR TANPA KUMPULAN INI SEDAR. DAN HARI INI DENGAR CERITANYA SI BABI TONYOK INI SUDAH KEMBALI MELEPAK BERSAMA SAMA BEBUDAK NUCLEAR DI KAJANG. 1 JE PESANAN GUA BUAT SEMUA ROCKERS DAN MANE2 BAND YANG ADE, JANGAN TERMAKAN CAKAP SI BABI TONYOK NI. BOLEH PECAH BELAH SEMUA ORANG BEB.
terima kasih untuk pandangan anda saudara 🙂