The Rhymeweaver: “Gua rap pasal semua benda…dan ia percuma!”

5
The Rhymeweaver bagi gua adalah the living manifestation untuk perkataan independent artist. Tak pernah dengar nama dia? Dalam entry kali ni meh gua ceritakan. The Rhymeweaver (lepas ni direfer sebagai TRW) adalah seorang rapper Melayu yang self produce (dan give away album for free!),self promote dan independent yang based di New Zealand. Gua telah mengikuti liku-liku perjalanan seni TRW sejak dari permulaan beliau mula-mula berjinak menulis rhyme sehinggalah kini setelah mengeluarkan beberapa CD (atau dalam term beliau, mixtape..ntah,hip-hop term kot). Dari zaman beliau masih bergelut belajar produce music sehinggalah beliau berkembang sekarang. Terus terang gua cakap gua bukan into rap atau hip hop pun. Satu-satunya lagu hip hop yang gua dig adalah lagu Tupac yang berjudul Hit em Up. Itu pun sebab lagu tu mencarut tak ingat punya, yang bikin gua rasa gila bad ass Tupac ni +______+


Tapi fear not readers! TRW bukan rapper tipikal yang lu orang pernah dengar. Betul ni gua jamin.Teruskan membaca. TRW setakat ini sudah mengeluarkan 5 CD (tapi TRW prefer panggil mixtape,must be a hip hop thing- ed) yakni:

-Hymns of Wrath & Passion (2007)
-Music From and Inspired by Classic Literature (2008)
-Bloody Hardcore Battle Rhymes (2009)
-Supernatural Horror in Rap Music (2009)
-Music From the Depths of My Heart (2010)

dan akan datang adalah The Mixtape Series Vol. 5: Music Inspired by Superman, The Man of Steel yang masih dalam pembikinan.

Jadi apa yang buat gua nak feature TRW? Hip hop pulak tu, yang di mana kali pertama ditampilkan dalam Dissecting the Euphony. Satu sebab saja: Originality. TRW lari dari perasa hip hop yang biasa lu orang dengar (kalau lu orang dengar hip hop la). Takde elemen nak bikin drive by, takde elemen nak hump and bump (get it?hahah!-ed), takde elemen bling- bling and such. Instead of crapping shits macam tu TRW lebih selesa bercerita tentang sastera, tahyul seram hantu toyol, jiwang kongkang dan paling pelik..Superman?! Itu yang bikin gua tertarik nak mendalami penghasilan si TRW dan true enough, ada hasil-hasilnya yang buat gua tertarik. Antaranya Bloody Battle Hardcore Rhymes yang menumpukan kepada freestyle rap battle di mana rhyme adalah secara spontan dan tentunya penuh dengan unsur insulting dan bikin opponent terdiam (silap-silap menangis dek dihina!). Satu lagi adalah Supernatural Horror in Rap Music, di mana TRW mengembara ke isu alam ghaib, ketakutan dan sebagainya (CD ni membawa konsep hororcore,takde kaitan dengan metalcore atau hardcore punk).

Gua ada bikin interview dengan TRW, baca dan selami apa yang sebenarnya bermain dalam kepala anak jati Sungai Buluh ni bila berbicara tentang survival menjadi seorang rapper independent (literally!tanpa label and shits!) dan macam-macam lagi:

Ceritakan pasal diri lu aka kenalkan diri heheh.
Gua dikenali sebagai The Rhymeweaver dan gua seorang rapper. Campur tolak, gua dah rap selama lapan tahun la lebih kurang. Gua suka rap pasal benda-benda pelik yang orang lain tak pernah rap, tapi pada masa yang sama gua tetap buat lagu rap macam rappers lain buat jugak. Kekuatan gua ialah gua mampu rap pasal hampir semua jenis subjek. Gua sekarang belajar di New Zealand dan gua menganggotai tiga kumpulan rap: Flow Finesse, Rogue Squadron dan The Watchers (another rap group?banyak ni-ed). Gua dah keluarkan lima CD dan sedang dalam proses untuk release CD yang keenam. Gua ada website di www.rhymeweaver.blogspot.com di mana orang boleh mengetahui lebih lanjut tentang diri gua di samping download semua CD gua secara percuma.

Debut TRW: Hymns of Wrath & Passion

Gua kurang familiar pasal beatmaking dalam hip hop ni. Untuk lu punya, lu buat sendiri ke lu mintak orang buatkan?
Gua tak reti buat beat dan gua takde duit nak tempah beats kat orang. So kadang-kadang gua contact beatmakers untuk beat-beat yang mereka dah buat tapi tak dipakai. Bagi gua, kalau gua berjaya menjadikan beat throwaway sebagai lagu yang best, itu satu pencapaian peribadi bagi gua (di samping dapat beat percuma). Tapi selalunya gua download je beat-beat yang orang memang upload secara percuma di website seperti Soundclick.com. Benda free takkan nak tolak pulak ye tak. Tu juga merupakan salah satu sebab kenapa gua bagi muzik gua secara percuma.

Pasal production stuff-stuff lu ni, lu buat semua sendiri ke? Dari design, pressing CD sampai ke jualan,sapa handle?
Yup, hampir semua benda gua buat. Gua cari beat, tulis lirik, rekod vokal, mixing, mastering, rekabentuk kulit CD, percetakan dan promosi. Untuk menjayakan semua aktiviti ni, gua belajar asas audio editing (gua pakai Adobe Audition atau Cool Edit Pro) dan recording (melalui buku-buku dan Internet), di samping Photoshop untuk designs dan percetakan. Untuk promosi, gua belajar basic HTML untuk set up website gua dan juga tempat untuk orang download CD gua. Juga gua banyak baca buku-buku psikologi dan blog marketing untuk idea-idea promosi . Gua takde la pandai sangat dalam ilmu-ilmu tersebut, cuma tau cukup makan je untuk tujuan gua nak release muzik secara percuma. Tapi gua percaya kalau lu seorang artis dan lu punya PR skills tahap kayangan, lu tak payah buat benda-benda ni semua sebab orang akan buatkan untuk lu dan lu boleh fokus kepada mencipta muzik. Jadi gilap la skill PR anda, jangan jadi macam saya.

Lu ada group hip hop sendiri iaitu Flow Finesse dan juga dalam Rogue Squadron. Macam mana nak maintain presence dalam group sedangkan lu dekat NZ,diorang ni dekat Malaysia? Care to tell?
Bagi gua yang berada di perantauan ni, Internet memang memainkan peranan yang sangat besar dalam mengekalkan presence dan sumbangan gua dalam group. Contohnya kalau ahli kumpulan gua ada release lagu baru atau ada live show dan perlukan promosi, dia boleh email je lagu tu beserta maklumat berkaitan dan gua boleh tolong promosi di website, Twitter dan Facebook. Cuma yang tak best pasal berada di perantauan ni ialah bila orang ada live show, gua tak boleh hadir dan kalau ada peluang nak perform, gua gigit jari je la. Tapi secara kasarnya gua rasa takde masalah besar la sebab Internet banyak memudahkan komunikasi.

CD yang berfokus kepada karya-karya sastera termasuk HP Lovecraft

Lu ada stay in touch dengan scene hiphop Malaysia?
Sudah semestinya. Gua keep tabs on lagu-lagu rap tempatan terbaru dan berita scene hip hop Malaysia. Sumber terbaik untuk sesiapa yang berminat nak tau tentang perkembangan terbaru scene hip hop Malaysia ialah Malaysianhiphop (www.malaysianhiphop.blogspot.com). Tapi fokus gua dalam hubungan dengan scene tempatan ialah rappers and pengamal hip hop (ada ke istilah ni hahahaha) yang baru nak naik, di mana gua kasi tunjuk ajar dan maklum balas tentang hasil kerja diorang, tolong promosi kegiatan diorang. Gua bertuah sebab masa gua baru nak naik dulu, ramai otai-otai yang sudi menolong gua so gua nak buat benda yang sama la untuk mereka yang baru nak naik ni.

Lu ada dapat offer dari label mana-mana? Atau sekarang dah under label?
Gua tak ada kontrak dengan mana-mana label dan setakat ni tak berhajat nak dapatkan kontrak. Tapi tengoklah dulu kot-kot ada syarikat rakaman yang berminat nak pancing gua. Bercakap tentang offer, dulu gua pernah dihubungi oleh seorang mamat New Zealander yang berminat nak ambik gua jadi artis rakaman untuk label dia yang baru nak naik. Tapi gua agak sangsi sebab selalunya artis yang cari label (hantar demo etc), tapi kali ni label pulak yang cari artis. So gua korek punya korek, rupa-rupanya mamat tu memang nak tubuhkan label rakaman tapi tujuannya nak kumpul dana untuk satu pertubuhan survivalist yang percaya matahari akan meletup dan menyebabkan perubahan iklim dahsyat dalam masa terdekat. Nasib baik gua tahu awal, so gua pun tolak tawaran mamat tu. Kalau tak, masa ni agaknya gua dah ada dalam bunker bawah tanah dengan suit biohazard dan Geiger counter. (a close shave with a doomsday cult tu!hahah!-ed)

Hiphop lu takde cite bling-bling,punggung wanita, seks dan duit. Cemana ni?Ada orang complaint tak the absence of these elements?
Sejak dari kecik lagi gua memang suka nak jadi lain dari yang lain; masa sekolah orang dok layan nasyid, gua pegi layan rap. So bila buat lagu, gua selesa rap pasal Superman atau hantu syaitan berbanding seks dan punggung wanita. Tapi itu tak bermakna gua alergi dengan topic-topik camtu: gua boleh je buat satu lagu stok Busta Rhymes atau Lil Flip, tapi gua tak pilih nak rap macam tu. Dan gua tak memandang rendah orang yang rap pasal bling-bling atau seks, asalkan lagu dia best (kalau lagu macam shit tu lain cerita). Kebanyakan pendengar gua setuju dengan topic lagu-lagu gua yang unorthodox ni, tapi untuk orang-orang yang baru nak kenal gua sebagai rapper, kebiasaannya diorang put off dengan ketiadaan elemen-elemen stereotaip rap dalam lagu gua. So agak susah la nak tarik orang dengar lagu gua pada kali pertama. You could say it is an acquired taste. Tapi gua faham kenapa diorang bertindak macam tu: sebab gua sudah kacau persepsi diorang tentang lagu rap. So gua chill je la sebab bukan kerja gua nak betulkan persepsi diorang hahahaha (nice!-ed).

CD yang paling keras dalam discography TRW. Maki bertimbun-timbun!

5 inspirasi dalam berkarya

1. Girlfriend gua – gua rasa dah ada empat lagu gua buat pasal girlfriend gua. Kalau bukan inspirasi tu gua tak tau la apa bendanya. Mungkinkah ianya cinta? (hahah kuntum rupanya – ed)

2. Richard Wagner – dalam semua lagu gua, gua berpegang kepada prinsip Gesamtkunstwerk ilham Wagner. Gesamtkunstwerk membawa maksud satu hasil seni yang terdiri daripada gabungan beberapa cabang seni yang berlainan macam bahasa, muzik, dan visual. Soalan yang gua selalu tanya diri sendiri bila menulis lagu ialah ‘what would Wagner do?’

3. Mythology – samada dari Barat atau Timur, tradisi atau keagamaan, purba atau moden (e.g. Superman). Mythology bagi gua bagaikan perigi idea lyang takkan kering; dari satu cerita mitos, gua boleh buat dua puluh buah lagu sebab banyak angle yang gua boleh terokai. Gua boleh buat lagu pasal mythology atau gua boleh buat lagu tentang benda lain (e.g. cinta) menggunakan gambaran-gambaran dari mythology.

4. Sastera klasik – macam Shakespeare, Coleridge, Keats, Lovecraft dan Poe. Inspirasi dari sastera klasik ni sama macam mythology tapi agak berlainan sikit sebab sastera dah ditulis dalam bentuknya yang tersendiri seperti drama, sajak dan novel. So gua kena berhati-hati sikit la supaya intipati hasil sastera tu tak terjejas bila diolah dalam bentuk lagu.

5. The Twilight Zone – termasuk juga siri-siri antologi TV lain seperti The Outer Limits, Beyond Reality, Night Gallery dan Tales from the Crypt (yang ni agak bangang sedikit tapi tak kisah la). Gua suka cerita yang ada twist dan self-contained, so that gua tak payah ikut rancangan minggu depan untuk tahu kesudahannya. Jadi untuk hampir semua lagu di mana gua bercerita, seboleh-bolehnya gua akan masukkan twist dan buatkan pengakhiran cerita dalam lagu tu BAM! berkesan macam Twilight Zone.

Lu bukan rap pasal hantu aje, malahan rap berkenaan sastera dan jugak unsur-unsur tipikal seperti jiwang-jiwang,pertarungan rap dan akan datang pasal Superman. Lepas ni apa pulak? Tak nak rap pasal celestial bodies dan planetary dan cosmics?
Gua memang bertujuan nak jadi versatile. Bagi gua, rapper yang bagus ialah rapper yang boleh tackle semua jenis subjek dan semua jenis beat (sedap tak sedap tu belakang kira). Perancangan gua selepas ni ialah nak buat satu CD antologi cerita dalam bentuk rap. Kiranya gua bercerita dalam bentuk lagu. Lagu-lagu tu akan diangkat dari cerita-cerita hasil idea gua sendiri, tak cedok dari mana-mana sumber. Sebab gua suka Twilight Zone dan The Outer Limits, jadi cerita-cerita tu pun bakal datang dari acuan yang sama. Bercerita melalui rap ni dah tak asing bagi gua sebab gua dah buat beberapa lagu cerita sebelum ni, so gua just kembangkan praktis ni menjadi satu CD yang sempurna. Coincidentally, lu tau tak apa istilah untuk gabungan lagu dan cerita? Jawapannya: opera. LOLZ (oh that’s something new!-ed)

Lu barangkali rapper Melayu (gua cakap Melayu bukan Malaysia sebab lu based kat NZ) yang pertama rap pasal hantu momok. Setakat ni cemana penerimaan audience kat CD Supernatural Horror ni?
Terima kasih utk recognition tu. Setakat ni kebanyakan orang suka Supernatural Horror sebab originality dia. Ada beberapa orang gak yang nak beli CD tu walaupun gua dah kasi download secara percuma. Bagi gua, kalau dah kasi download percuma tapi masih ada orang yang nak beli, itu ialah satu penghormatan yang besar bagi struggling rapper seperti gua. Pas tu ada jugak orang yang komplen tak boleh tidur lepas dengar CD gua. Bagi gua itu dah kira bagus sangat dah. Kalau kena pegi jumpa bomoh lepas dengar CD gua, lagi masyuk. Anyway seperti yang lu cakap tadi, gua rasa gua memang orang pertama di Malaysia yang rap pasal supernatural horror yang berkisar tentang hantu syaitan, tapi orang yang pertama sekali rap pasal horror kat Malaysia ni ialah Familyboy (www.myspace.com/familyboy1). Dia dah keluarkan EP time gua baru nak kenal apa itu rap. Dia jugak merupakan ahli kumpulan Rogue Squadron yang turut dianggotai oleh gua (tapi gua join lambat sikit). So kalau anda berminat nak tau lebih lagi tentang horror rap di Malaysia, check out Familyboy dan EP beliau bertajuk Heavily Sedated.

Gua dapati CD Supernatural Horror ada draw influences dari band-band Eastern Metal macam As Sahar, Sil Khannaz (ada tertulis di sleeve). Lu memang minat band-band tadi ke? Lu still follow diorang tak?
Secara jujurnya, gua takde la follow band-band tersebut. Gua hanya didedahkan dengan band-band tu melalui member gua masa kitorang tingkatan empat. Lagu Eastern black metal yang pertama kali gua dengar ialah Tinggam karya As-Sahar (ni sebelum gua bergiat dalam muzik rap) dan gua betul-betul kagum dengan idea As-Sahar yang mengangkat subjek ilmu hitam sebagai lagu; ilmu hitam tempatan pulak tu, bukan cerita pasal demonology Barat yang orang lain dah banyak buat. Sebelum tu gua ingat hanya sesetengah topik je yang boleh diangkat menjadi lagu, tapi Tinggam mengubah persepsi gua. So tak keterlaluan la kalau gua cakap bahawa band-band Eastern Metal seperti Sil Khannaz dan As-Sahar telah membentuk gua sebagai rapper yang orang kenali sekarang, yang mahu (dan mampu) mengangkat semua jenis subjek sebagai lagu. So Supernatural Horror sebahagiannya ialah homage kepada band-band Eastern Black Metal yang telah memberi inspirasi kepada gua.

Lu rilis stuff dengan dua cara iaitu secara physical copy (CD) dan download. Lu ada track sales tak? Download pun ada track tak berapa banyak yang dah orang download?
Release gua primarily melalui downloading. Persoalan sales tracking tak timbul sebab gua bagi mixtape gua secara percuma. Dulu masa baru-baru release CD tahun 2007-2008 gua ada la track downloads, tapi sekarang ni gua dah tak larat nak track. Tapi secara jujurnya gua rasa kalau gua dapat duit tiap kali orang download releases gua, gua dah boleh rap full-time kot hahahaha (gelak menyedapkan hati).

Ulas tentang fenomena mendownload album pada zaman sekarang. Lu sebagai rapper yang independent, cemana nak surive dengan keadaan camni? Ke ini peluang baik untuk lu?
Gua banyak membaca blog-blog yang berkisar tentang promosi muzik oleh artis independent, dan hasil bacaan gua tu membuatkan gua percaya artis di zaman Internet ni PERLU kasi muzik diorang untuk free download kalau diorang nak kekal jadi artis. Cuma persoalannya: berapa banyak muzik lu nak kasi untuk free download, dan macam mana lu nak manfaatkan free download tu supaya boleh menguntungkan lu dari segi lain selain wang ringgit. Aspek-aspek ni berlainan untuk tiap-tiap artis, dan kalau gua nak cerita pasal benda ni, sampai Wawasan 2020 pun tak habis. Yang penting, gua dah tahu apa arah tuju gua sendiri dalam kasi free download kat orang, jadi lu sebagai artis pun perlu fikirkan apa yang bagus untuk karier lu kalau lu putuskan nak kasi free download kat orang. Bottom line is, kalau lu berkeras tak nak bagi walau secebis pun muzik lu untuk didownload secara percuma, gua ucapkan selamat berjaya saja la ye.

Gua tertarik dengan CD Supernatural Horror, jadi gua rasa nak buat sedikit short review pasal CD ni ah sebelum mengakhiri entry ni.

CD yang diterbitkan pada tahun 2009 ni merupakan installment ke 3 untuk siri mixtape TRW dan berfokus kepada unsur-unsur supernatural dan seram. Mengandungi 6 trek yakni:

1. Welcome to the Unknown (intro)Memberi sedikit peek tentang isi CD ni.Mengandungi sample dari filem-filem horror antaranya The Fly dan Twilight Zone.

2. A Real Bargain (feat. El Genio)Menceritakan perjanjian syaitan dengan seorang rapper yang inginkan fame. Keadaan mula-mulanya nampak okay sahaja. Macam pernah dengar je. I sold my soul to the devil.

3. The PhiltreDesperate untuk perhatian si gadis, si pemabuk cinta memohon bantuan dari si bomoh yang memerlukan si pemabuk cinta untuk mendapatkan bahan yang terlarang….minyak dagu perempuan mati. Dan akhirnya keadaan menjadi buruk bila semuanya backfire si desperate!

4. Rest StopBerhati-hati dengan orang yang lu jumpa tepi jalan,barangkali dia mangsa kemalangan jalan raya yang hadir untuk berkongsi kisah kematiannya!Beat ada bau-bau lagu Twilight Zone, barangkali di sample.

5. Jangan Pandang BelakangLagu berbahasa Melayu! Berkisar tentang gangguan yang di alami sewaktu sorang-sorang dalam bilik. Barangkali dari pengalaman sendiri.

Bonus track: Gorehounds (feat. Familyboy)Trek terbaik dari CD ni. Beat yang berbunyi gothic dan cold, sekalipun dengan vokal rap. Guest rapper membawa flow yang menarik. Berkisar tentang pembunuh.. Kot. Barangkali terinpirasi dari Freddy Kruger. Gore,dari segi penceritaan!

Kalau dibandingkan dengan debut CD TRW beberapa tahun yang lalu, memang ada peningkatan ketara dari segi produksi dan juga rapping.

Pros:
-Pemilihan beats yang yang sesuai dengan mood album. Tidak perlu seram tapi ‘kena’.
-Produksi yang bersih dan sampling yang digunakan kena dengan lagu.

Cons:
-Mungkin perlu tambah beberapa trek lagi, kerana horror hip hop @ hororcore kurang diteroka di Malaysia. Kalau banyak lagi lagu barangkali boleh jadi rujukan untuk rappers masa akan datang. Tapi 6 trek,is not bad sebenarnya.
-Ada sesetengah trek bikin gua lost di tengah lagu sebab tak dapat follow ceritanya.

Rating: 6.5/10

The Rhymeweaver boleh dicapai di sini. Segala updates dan juga semua album boleh di download di sana. Teruskan menyokong artis independent!

Foto kredit: arkib The Rhymeweaver

5 thoughts on “The Rhymeweaver: “Gua rap pasal semua benda…dan ia percuma!”

  1. tahniah penulis! sebuah review yg hebat..sebagai pengikut setia The RhymeWeaver(Beaver he is!), gua rasa TRW berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap musika rap..gua amat berbangga pernah berkarya, berkongsi pentas bersama beliau..bernaung bawah nama The FlowFinesse yg dikenali hanya krn seorang makhluk bernama The RhymeWeaver..ahli yg lagi satu (duo) amatlah pasif..yg paling gua fobia ialah kejadian beliau yg bakal menjadi guru sekolah(????) dimana beliau mengugut utk behenti berkarya..if so, then harap2 ada rapper baru muncul yg boleh mengganti tempat beliau..syabas TRW, syabas dissectingtheeuphony!

  2. the other line up Flow Finesse tu boleh tahan juga rapping tapi apasal dia diam aje ye? Gua dengar TRW dah nak balik Malaysia ni dan bakal bergelar cikgu. Ala rilek la gua dengar Aradia punya drummer tu lecturer,selamba je main lagi hahahah. Anyway let's hope TRW terus berkarya aite! Thanks for supporting!

  3. yep memang boleh tahan..gua dengar dia seorg yg pemalas n xpernah serius nak berkarya..gua pernah lepak sekali dua time party (gig hiphop) dia lincah n petah becakap..n gua pernah dengar dia ada plan buat metal rap la, rap'n'roll la (TRW can confirm this) tapi tah bila nak siap nye..tula hopefully TRW terus berkarya n push partner dia tu siapkan metal rap cos its very rare in our country..cheers writer!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected