Rêvasseur – Talisman [Full Length, 2023]
Lama dah saya tunggu folllow-up release daripada band Melodic Death Metal Vietnam ni. Talisman merupakan album pertama Rêvasseur setelah mengeluarkan EP In Doubtless Memory pada 2021 (yang saya telah ulas sebelum ini). Datang dari negara yang scene Metalnya saya kurang familiar, saya sebenarnya nyaris terlepas album ini dan nasib baiklah saya sempat check out sebelum tahun ini berakhir! Talisman dikeluarkan melalui House of Ygra, sebuah label muzik Metal yang aktif dari Vietnam.
Masih berkiblatkan stail early In Flames, Dark Tranquillity dan At The Gates, album Talisman ini is such a delightful listening experience melalui approach twin melodic guitars, relentless drumming dan vocals yang snarling. Talisman berbunyi seakan keluar dari dekad 90an dengan execution yang mirip band-band saya sebut di atas tanpa dicemari elemen Post-2000 Melodic Death Metal. Dalam album ini, Rêvasseur menyeimbangkan feel melodic dan brutal rather spectacularly. At least takde la rasa macam part melodic tu overdone. Dan saya tertarik dengan kualiti adunan yang harsh dan organik sebanyak mungkin, menjadikan Talisman kedengaran lebih grounded dan less digital.
Masih berkiblatkan stail early In Flames, Dark Tranquillity dan At The Gates, album Talisman ini is such a delightful listening experience melalui approach twin melodic guitars, relentless drumming dan vocals yang snarling.
Pada saya, Talisman ditulis dengan baik dengan idea dan sense of melody yang interesting. Sedap betul dengar 10 trek yang majoritinya memorable dengan riff yang lazat. Saya jamin pendengar kental old In Flames akan menggelinjang gembira mendengar traces of In Flames dalam setiap trek album ini. Permainan dram dalam album ini juga garang dan berapi dengan pelbagai stail ditampilkan terutama blastbeat yang berpesta alongside balunan pedal berkembar. Satu lagi, bukan sahaja permainan instruments oleh Rêvasseur jelas dan memorable, malah sebutan vokalisnya masih intelligible sungguhpun memekik bagai nak pecah tekak.
Pada saya, tiada trek yang skippable dalam Talisman yang deserve your ears.
Semua trek dalam album ini mempunyai kekuatan sendiri untuk buat mana-mana kaki Melodic Death Metal hanyut melayannya. Pada saya, tiada trek yang skippable dalam Talisman yang deserve your ears. You can’t really go wrong with Swedish Melodic Death Metal style! Talisman adalah antara calon AotY saya, and we’ll see if they make it to Editor’s Pick. Either way, anda patut dengar mereka!
Talisman kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: In Flames, Dark Tranquillity, At the Gates, Dismember
Ikuti Rêvasseur di:
Instagram
1 thought on “Rêvasseur – Talisman [Full Length, 2023]”