Rehearse – Myth [Full Length, 2020]

0

Unit Death Metal tempatan, Rehearse akhirnya mengeluarkan terbitan pertama mereka. Berbeza dengan EP pertama mereka yang cenderung kepada Slamming Death Metal dan Deathcore, Myth menunjukkan hala tuju yang berbeza Rehearse kepada standard Death Metal.

Myth tidaklah memanjang meribut dengan sentuhan ganas Death Metal. Sebaliknya trek pertama dan terakhir menghidangkan feel yang tenang. Trek pertama yang berjudul Ritual berbau folk/Middle Eastern gaya projek solo Karl Sanders dan yang terakhir, The Closing Gate of Horror anehnya mengingatkan saya kepada clean plucking/solo gitar ala Rock Kapak/Heavy Metal Melayu 80an.

Trek yang lain pula menunjukkan mereka kini berpaksi kepada American Death Metal gaya Dying Fetus, Cannibal Corpse (terutamanya vokal delivery di beberapa tempat), Job for A Cowboy, dan The Black Dahlia Murder, sekalipun traces Deathcore masih samar-samar ditampilkan.

Rehearse mempunyai idea dan sonwriting yang semakin matang serta boleh tahan. Malangnya, ia sedikit diancam dengan execution yang kurang kemas. Saya mendapati sungguhpun drumming mereka cukup savage namun ada masanya terasa drummer seakan terkejar-kejar tempo, yang cukup jelas dengan pedal berkembar yang terasa tidak solid dan permainan yang sedikit sloppy. Vokal sungguhpun cuba alternate antara low grunt dan Hardcore shout, sebenarnya berbunyi uninspired and could have been better. Bukanlah vokalis seperti malas, saya merasakan delivery vokalnya seperti lack depth dan balls. Kualiti produksi pulak saya merasakan okey saja, saya mengharapkan terbitan Rehearse lebih meletup dan garang.

Myth kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Cannibal Corpse, Dying Fetus, Nile, Job for a Cowboy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected