Putrefied Remains – Novus Ordo Seclorum (2014)

2

Putrefied Remains yang membawa jenama metal ala2 Greece ini terdahulu telah muncul dengan sebuah EP bertajuk EERI – Spread The Hate (EP 2012), sebuah single bertajuk In Gloomy Darkness Mourning juga pada 2012 dalam format kaset dan sebuah Split CD bersama DIED. Terkini Putrefied Remains muncul dengan sebuah album penuh dibawah label Narrowards Kult dimana ia dinamakan Novus Ordo Seclorum.

Dr Bentara (Guitars), Jie Mutilator (Bass), Lan Azimuth (Drums), Nekroshaman (Vocals), Thaleri Mastha (Guitars)

Cover artwork oleh Atanz Sharat

Tracklist :
SIDE A :
1 – The Dying Lullabye
2 – Evil Revelation
3 – Delusion Of Reality
 4 – Novus Ordo Seclorum (Satanic Democracy)
SIDE B :
5 – Silverian Hordes
6 –  Abandoned In A Grave
7 – In Gloomy Darkness Mourning
8 – Defamation Suicidal

Novus Ordo Seclorum (2014) melalui proses rakaman di Majestic Embin Lab sekitar September 2012 sehingga Jun 2013. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Jie Mutilator. Tajul Ariffin dari Infernal Void turut menyumbangkan suara untuk track terakhir bertajuk Defamation Suicidal.

Putrefied Remains – The Dying Lullabye


The Dying Lullabye merupakan sebuah track yang telah di beri preview awal sekitar 2013. Jika diteliti masih mengekalkan formula material2 terdahulu. Menggunakan latar bunyian keyboard pada sesetengah part untuk menghidupkan suasana atmospheric pada track ini. Ok, xmau review panjang, sila dengar track ini melalui video youtube diatas.

Evil Revelation merupakan track baru yang hanya dimuatkan didalam album ini. Permulaan track yang cukup pekat pengaruh Rotting Christ melalui riffing gitarnya. Gabungan suara yang disulami sedikit scream pada beberapa part menampakkan sedikit kelainan jika anda sudah biasa dengan material2 Putrefied Remains yang terdahulu.

Delusion Of Revelation seakan satu percubaan berani Putrefied Remains menggunakan latar keyboard dalam verse lagu yang kadangkala seakan mengikut chord riffing. Solo gitar masih punya kekuatan tersendiri.

Novus Ordo Seclorum (Satanic Democracy) yang merupakan selftitle untuk album ini menyaksikan Nekroshaman menyampaikan nyanyian dengan teknik scream. Musicwise track ini agak sedikit berlainan mood nya walaupun riffing masih berada dalam melodic bersama running chordnya. Juga seakan track Delusion Of Reality, keyboard lebih banyak dimainkan sebagai latar disebalik riffing running chord dari gitar.

Silverian Hordes bermula dengan sedikit kelajuan sebelum verse pertama yang menyaksikan vocal mula bersuara dan riffing gitar mula membuai dengan melodi yang agak menekan perasaan.Gua rasa track ini agak gelap jika dibandingkan dengan track2 terdahulu. Ok, feel band2 Greece lama seperti Rotting Christ dan Varathron jelas kedengaran. Solo gitar masih kuat sama seperti track2 lain.

Abandoned In A Grave turut menyaksikan penggunaan keyboard yang kerap seperti 2 lagu terdahulu. Menggunakan sound sample keyboard yang agak berlainan pada beberapa bahagian lagu membuatkan track ini nampak sedikit berlianan. Drummer Lan Azimuth turut menyumbang suara untuk bahagian clean vocal.

Putrefied Remains – In Gloomy Darkness Mourning (Rehearsal)


In Gloomy Darkness Mourning merupakan track yang terkandung Single 2012 yang turut terkandung 2 buah lagu cover iaitu Alta Mater (Moonspell) dan Horror in Gothic Genre’s Grave (Obsecration). Ok, boleh cekidaut video rehearsal mereka untuk track ini diatas.

Defamation Suicidal merupakan track terakhir untuk album ini. Turut mengundang Tajul Ariffin vocalist dari Infernal Void untuk berduet bersama Necroshaman. Bermula sahaja sudah jelas pengaruh Greece Metal didalam riff yang dimainkan. Track ini agak menarik sebenarnya dan punya flow yang baik. Walaupun kedengaran ketukkan drum yang tidak berhenti namun riffing tidaklah terlalu mengejar kelajuan kecuali solo yang tetap ribut. Paduan suara Necroshaman dan Tajul Ariffin mungkin antara penarik utama track ini.

Dari segi sound produksi, Putrefied Remains masih kuat mengekalkan apa yang telah mereka hasilkan didalam rilisan2 terdahulu. Sound rakaman yang cukup solid dan bersih. Tone bass Jie Mutilator masih kekal lemak dan meletup. Juga jika diperhatikan solo2 gitar dari Thaleri Mastha makin menjadi-jadi (ini gua perasan start dari cover Obsecration masa single dulu lagi). Sedikit kelainan yang jelas mungkin penggunaan keyboard yang semakin advance dimana jika diperhatikan pada rilisan2 terdahulu keyboard hanya digunakan sebagai latar lagu sahaja namun untuk Novus Ordo Seclorum, keyboard banyak digunakan sehingga adakala seakan hampir menyamaai setiap note yang dimainkan dalam riffing rhytm gitar. Vocal masih berada dalam kondisi terbaek ditambah dengan teknik scream yang banyak digunakan untuk rakaman album ini. Mungkin untuk track drum, Putrefied Remains perlu menggunakan rakaman drum sebenar untuk bunyi lebih organik.

Untuk pengeluaran pertama dalam format kaset, pihak Narrowards Kult hanya mengeluarkan sebanyak 100 copies sahaja. Gua berharap produk ini dapat dikeluarkan semula dalam kuantiti yang tidak terlalu terhad kerana album ini boleh di”jual” untuk pasaran luar negara. Ok, untuk pembelian anda boleh menghubungi Narrowards Kult melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah dengan pembelian secara pos dengan harga RM15 postpaid (West Malaysia) / RM17 postpaid (East Malaysia). Ok, rasakan gegaran Greece Metal acuan Malaysia!!!!

Putrefied Remains
Facebook

Narroward Kult
Email
Blogspot
Facebook
Bandcamp

2 thoughts on “Putrefied Remains – Novus Ordo Seclorum (2014)

  1. Thank you for the honest review, much appreciated. 100 copies seems too small, yes; but believe it or not even with such strong materials as "Novus Ordo Seclorum", a mere 100 copies is HARD to get moved. This is a reality nowadays. So please, stop your downloading activities and support the real products. Re-press is not out of question if the demand is sustainable. Thanks (on behalf of NARROWARDS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected