Cavalera Conspiracy – Pandemonium (Limited Edition) (2014)

0

Cavalera Conspiracy band yang ditunjangi oleh Max Cavalera (vocal/rhytm) dan Igor Cavalera (drums), dua nama yang sebelum ini bersama menaikkan Sepultura sebelum Max mengundur diri disusuli Igor beberapa tahun terbaru ini. Mereka turut pernah bersama didalam projek band bernama Nailbomb (projek Max bersama Alex Newspot dari Fudge Tunnel dan Igor terlibat dalam beberapa rakaman studio track didalam album Point Blank) dan selepas itu Max menubuhkan Soulfly yang sudah melahirkan 9 buah album dan terkini menubuhkan band megastar iaitu Killer Be Killed. Ok, Pandemonium merupakan album ketiga Cavalera Conspiracy selepas Inflikted (2008) dan Blunt Force Trauma (2011).Untuk Pandemonium, Cavalera Conspiracy bernaung dibawah label Napalm Records.

Max Cavalera (vocal/rhythm guitar), Iggor Cavalera (drums), Marc Rizzo (lead guitar), Nate Newton (bass – untuk rakaman Pandemonium/live) dan Tony Campos (bass untuk live).

 Cover artwork oleh Stepahn Doitschinoff

Tracklist :
1 – Babylonian Pandemonium
2 – Banzai Kamakazi
3 – Scum
4 – I, Barbarian
5 – Carmunhao
6 – Apex Predator
7 – Insurrection
8 – Not Losing The Edge
9 – Father Of Hate
10 – The Crucible
11 – Deus Ex Machina (Bonus Track)
12 – Porra (Bonus Track)

Pandemonium melalui proses rakaman di Loud Audio Recording, Glendale Arizona oleh John W. Gray. Beliau turut terlibat dalam proses mixing dan dilakukan di Jungle Studio, Mesa Arizona dan dibantu oleh Matt Turner. Proses mastering dilakukan oleh Joe Laporta di Sterling Studio, New York City. Untuk album ketiga ini Cavalera Conspiracy bernaung dibawah label Napalm Records.

Cavalera Conspiracy – Babylonian Pandemonium


Babylonian Pandemonium merupakan track kedua yang rilis sebelum tarikh rasmi Pandemonium dipasarkan. Rilis dalam bentuk video klip rasmi, track ini kedengaran agak berlainan dari apa yang pernah cavalera Conspiracy hasilkan melalui 2 album terdahulu. Paling berlainan gaya pembawaan vocal Max Cavalera yang mana growl nya kedengaran semakin besar. haha..

Banzai Kamikaze mungkin antara track paling rancak dan ganas dengan groove yang benar2 melantun-lantun. hahaha sebuah track yang gua anggap paling best!

Apex Predator dan Father of Hate merupakan antara track yang agak ribut dan agresif. Groove yang boleh mengajak crowd jadi tak keruan bila dimainkan. Kedua2 track ini punya solo gitar yang power dari Marc Rizzo.

Kepada penggemar Soulfly dan Sepultura era Roots yang lebih kepada tribal, bonus track terakhir bertajuk Porra adalah satu2 nya track yang ada penggunaan instrument berimbau yang digunakan pada permulaan track.

Secara keseluruhan gua beranggapan Pandemonium mungkin boleh dikategorikan sebagai album Cavalera Conspiracy yang paling jahat jika dibandingkan dengan 2 album terawal. Ini gua banding dari keseluruhan lagu dari segi riffing, groove drum dan komposisi lagu. Juga ada kelainan dalam pembawaan vocal oleh Max sendiri. Marc Rizzo masih ditahap terbaek dengan solo2 maut nya. Igor juga cukup konsisten untuk kesemua lagu walaupun dalam pendengaran gua, level drum agak rendah jika dibandingkan dengan instrument lain. Tone bass oleh Nate Newton juga kedengaran walaupun dimainkan dalam kadar kelajuan yang tinggi.

Untuk membandingkan Cavalera Conspiracy dan Soulfly mungkin gua boleh andaikan sebagai Cavalera Conspiracy adalah gabungan music yang lebih keras dan straight forward jika dibandingkan dengan Soulfly. Dan Cavalera Conspiracy juga amat kurang menggunakan alatan tribal seperti apa yang dilakukan Soulfly (untuk album2 awal dan didalam album Cavalera Conspiracy – Pandemonium ini hanya sedikit bunyi berimbau digunakan untuk track terakhir). Pandemonium juga pada gua jelas nampak music yang dihasilkan lebih old skool, straight forward dan boleh jadi tempo nya lebih laju dari 2 album terdahulu.

Ok, kepada peminat Max Cavalera diluar sana, boleh lah cari atau order album Pandemonium ini dan disini gua bagi link Napalm Records jika anda nak order.. To the Max!!!!

Cavalera Conspiracy
Official Website
Facebook

Napalm Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected