Damaq sebuah band beraliran Black Metal dari Karangan Kedah telah wujud sekitar 1994. Menghasilkan sebuah rehearsal tape pada 1996 dan sebuah demo bertajuk Whisper of the Night Winds pada 1998 di bawah North Poem Records. Setelah sekian lama mendiamkan diri, Damaq muncul semula (gua ingat lagi ketika Damaq mengupdate laman myspace mereka dengan sebuah track baru yang diupload satu ketika dulu) dan menghangatkan pentas2 gig. Terkini Damaq tampil bersama sebuah album penuh bertajuk Nafs di bawah label Northern Astrum Production.

 Zarmth (Vocal)
Uthwyez (Lead Guitar)
Armeenz (Bass)
S.S.V (2nd Guitar)
Stygian (Keyboards)
Bob (Drums)
Artwork design oleh Syamil (One N One Enterprise)
Tracklist :
1 – Hevn (Intro)
2 – Tears Of Need
3 – Coming For Revenge
4 – Consecration In Resurrection
5 – Ylham
6 – Nafs
7 – Onursuz Asil
8 – Beware Of The Last (Just Another Sin)
9 – I’m The One With The Old Name

Nafs melalui proses rakaman di O.R Musiclab, Alor Setar Kedah. Azim bertindak sebagai sound engineer dan bertanggungjawap dalam kerja2 mix dan mastering yang turut dilakukan di studio yang sama.

Hevn adalah intro yang menggunakan semata2 sound sample dari keyboard. Sebuah intro yang menarik. Punya feel dan mood yang bersesuaian dengan konsep Black Metal dari Damaq.

Tears Of Need merupakan track bervocal pertama. Track pertama yang mengingatkan pada beberapa band Black Metal hebat dunia seperti Dimmu Borgir dan Old Men Child. Walaupun riffing gitar mendominasi kekuatan track ini namun gua agak terpesona dengan permainan keyboard oleh Stygian. Adakala ianya sekadar layer latar namun adakala susunan stringnya membuatkan track tidak kosong. Drum berasa dalam konsistensi terbaek manakala vocal dengan scream yang memang melengkapkan erti sebenar Black metal yang penuh melodic.

Coming for Revenge masih membawa mood yang sama seperti track terdahulu. Riffing gitar yang penuh melodi memberi nafas keseluruhan track. Juga perlu dinyatakan flow track ini juga bagus dan hidup dengan komposisi flow perlahan dan laju nya. Jelas sekali track ini punya kelebihan pada idea yang pelbagai dari pemain gitarnya termasuk solo gitar yang sedap.

Consecration In Resurrection bermula laju dengan hentakkan drum sebelum melodi2 menarik menjengah pada verse pertamanya. Layer keyboard juga menghidupkan lagu ini. Antara track yang agak brutal hentakkan drumnya.

Ylham merupakan sebuah instrument dari permainan keyboard. Jelas sekali Damaq punya kelebihan kerana mempunyai pemain keyboard yang punya idea yang banyak.

Nafs mungkin menjadi track pilihan gua untuk album ini. Dari awal sudah jelas kedengaran idea yang segar dengan menggunakan akustik gitar sebelum riffing bermelodic menyerang. Melodi vocal serta layer keyboard dan hentakkan drum yang memang mencantikkan lagi track ini. Jelas sekali track ini kedengaran sarat dengan melodi2 yang indah.

Onursuz Asil adalah sebuah track yang menggunakan bunyian keyboard sambil diselangi sebutan2 yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Beware Of The Last (Just Another Sin) masih dengan mood seperti track2 terdahulu. Masih juga diperkuatkan dengan melodi2 yang segar. Mungkin sedikit kelainan dengan alunan keyboard dan bass beserta hentakkan drum dipertengahan track.

I’m The One With The Old Name mungkin gua boleh katakan antara track paling solid jika dibandingkan dengan track2 terdahulu. Dengan ngauman vocalist dan riffing gitar yang menarik disamping sentuhan keyboard yang membuatkan track ini punya sedikit elemen atmospheric yang cukup menarik. Gua ada terhidu sikit2 bau2 Dark Tranquility.

Secara keseluruhan Nafs boleh dikatakan antara produk music gelap terbaek setakat ini yang lahir dari tangan anak2 Malaysia. Gua boleh simpulkan sound produksi Nafs adalah solid dan bersih. Walaupun gua berasa tone bass agak menonjol namun ia nya masih kena dengan apa yg cuba Damaq hasilkan dan ianya tidak sedikit pun mencacatkan keseluruhan album. Nafs juga bukanlah sebuah album yang kebiasaan dalam Black metal yang agak mengejar kelajuan kerana tempo yang dimainkan tidaklah laju. Ianya berada dalam radar tempo yang sederhana dan terkawal.

Nafs yang dikeluarkan dalam format digipak CD boleh dibeli dengan harga RM30 by hand dan RM35 by postage. Pakej profesional dari segi sound dan packaging serta grafik yang power! Sila berhubung dengan Damaq melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Kepada penggemar irama besi hitam, CD ini harus ada dalam simpanan anda sekarang!

Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected