Projek HK – Batalion Hijau Kuning (2015)

0

Kali terakhir gua dengar lagu pasal team bolasepak ni dari Jugra melalui EP diorang bertajuk Huligan (KLIK untuk baca) pada 2014. Terkini sebuah band baru Projek HK atau singkatan kepada Projek Hijau Kuning tampil dengan sebuah album bertajuk Batalion Hijau Kuning. Mendedikasikan album ini kepada pasukan bolasepak Kedah Darul Aman, album ini dikeluarkan secara indiependent oleh Projek HK sendiri dengan hasil bunyi audio yang membanggakan. Sebagai mukadimah Projek HK terdiri dari anak2 Kedah yang berkerjaya di Lembah Klang am nya. Projek Hijau Kuning dianggotai oleh Remy (Vocals), Zam (Vocals), Palie (Guitars), XfairuzX (Bass/Vocals), Fharees (Drums/Vocals) dan Tun Arab selaku pengurus. Ok, teruskan membaca..

 Cover artwork oleh Rosaiman Salim
Layout oleh Palie
Tracklist :
1 – Mara Hijau Kuning
2 – Kedah Serata Rata
3 – Pulon Kedah Pulon
4 – Ini Darul Aman
5 – Bangkit Wira Utara
6 – This Is Darul Aman
7 – Mengaumlah Harimau Malaya

Batalion Hijau Kuning (2015) melalui proses rakaman di 2 buah studio berbeza. Track 1,2,3,4, dan 5 dirakam, diadun dan mastering dilakukan oleh Ardy Hamdan di Nu Breax Studio. Manakala track ke 6 dan ke 7 dirakam dan diadun oleh Malik di Sound Story Studio. Batalion Hijau Kuning (2015) di keluarkan dan dipasarkan sendiri oleh line up band Projek HK.

Mara Hijau Kuning yang diletakkan sebagai track pertama punya mood seperti Final Countdown dari Europe. Mungkin feel keyboard yang bikin gua terus teringat akan lagu tersebut. Solo gitar dan chorus yang catchy menjadi senjata kepada track pertama ini.

Projek HK – Kedah Serata Rata


Kedah Serata Rata yang merupakan single rasmi bagi album ini ternyata punya feel yang boleh menaikkan semangat dan momentum pendengar terutama penyokong setia pasukan bolasepak Kedah Darul Aman. Ok, liriknya juga menarik (sila klik video berlirik diatas) dan cukup patriotik untuk pasukan negeri. Adakah ini bakal menjadi anthem terbaru kepada peminat bolasepak Kedah seperti yang telah dilakukan band skinhead Kedah iaitu Offside satu ketika dahulu? Pada gua ini track paling kuat (penyampaian vocal yang penuh feel, riffing dan chorus yang catchy serta solo gitar yang kena dengan mood lagu) dan percubaan sebagai single rasmi adalah satu langkah bijak Projek HK.

Pulon Kedah Pulon masih mengekalkan feel sama seperti track2 terdahulu. Development idea dari riff asas agak membanggakan. Banyak idea2 yang dicipta dari chord asas. Seperti biasa catchy adalah apa yang jelas sekali ditonjolkan oleh Projek HK untuk setakat track ke 3 ini. Ada sikit2 pengaruh Helloween.. Next…

Ini Darul Aman sebenarnya adalah rakaman semula single pertama berjudul This Is Darul Aman yang dikeluarkan setahun yang lalu. Ianya ditukar bahasa ke Bahasa Melayu. Track ini bermula dengan feel dan mood Power Metal walaupun tidak selaju Dragonforce. haha. Elemen gitar harmoni, feel-in solo agak bermaharajalela dalam track ini. Vocalist juga nampak berusaha bersungguh-sungguh dalam menyampaikan lirik. Hah siap twin pedal lagi.

Bangkit Wira Utara agak berlainan susunan lagu dan melodi vocal terutama di awal track. Satu percubaan berani. Menjadi atau tidak? Sila dapatkan CD ini dan dengar. Verse masih mengekalkan mood seperti track2 terdahulu. Cuma pada gua ia lebih kepada Rock yang tidak seheavy track2 terdahulu. Gua ada perasan ada part yang x brapa sampai key dalam nyanyian untuk track ini.

Projek HK – This Is Darul Aman


This Is Darul Aman adalah single pertama yang dihasilkan Projek HK sebagai pengenalan kewujudan mereka. Untuk rakaman terbaru boleh layan track ke 4 yang diberi nafas baru selain berbahasa Melayu.

Mengaumlah Harimau Malaya pada gua seumpama bonus track kerana ianya dihasilkan untuk ditujukan kepada pasukan bolasepak negara iaitu Harimau Malaya. Track ini kuat terutama pada solo dan feel-in gitar.

Dari segi sound produksi pula, apa yang dapat didengar adalah sesuatu yang membanggakan. Kredit kepada Ardy gitarist Naratu yang mengendalikan kerja2 rakaman, mix dan mastering untuk album ini. Sound yang keluar adalah profesional (kecuali 2 lagu terakhir yang telah dirakam awal) dan memuaskan pendengaran. Secara teknikal pula, lagu2 Projek HK jelas mempertaruhkan chorus2 yang catchy, riffing yang menggunakan chording yang mudah namun idea yang dipercambahkan untuk solo dan feel-in perlu diberi pujian. Pembahagian tugas untuk posisi vocalist untuk lagu2 tertentu mungkin membawa kelainan sedikit pada feel lagu2 tertentu. Vocal terbaek mungkin pada track Kedah Serata Rata dan Ini Darul Aman. Pendapat ikhlas gua, walaupun album ini kedengaran berat atau heavy, namun elemen catchy yang diterapkan masih dapat membuatkan setiap track mendapat airplay dari radio2 tempatan khususnya. Agak teknikal mungkin pada beat dan stroke drum yang agak komplikated untuk lagu2 sebegini untuk mendapat airplay.

Secara keseluruhan gua boleh kata apa yang dihasilkan Projek HK ini seakan satu usaha yang bagus untuk memertabatkan lagi sukan bolasepak tempatan. Mungkin selepas ini akan muncul lagi band2 yang membawa konsep yang sama terhadap pasukan bolasepak negeri masing2.

Batalion Hijau Kuning (2015) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand atau RM26 by postage. Hubungi Projek HK untuk sebarang urusan pembelian.

Facebook
Twitter
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected