Premiere – Hutch VS The World! – Buktikan

0

Kaki Melodic Hardcore, this is for you!

Unit Melodic Hardcore Malaysia, Hutch VS The World! telah bersedia untuk premiere single terkini mereka yang berjudul ‘Buktikan’ pada Khamis, 9.30 malam ini dengan Dissecting the Euphony!

‘Buktikan’ merupakan a taste of things to come daripada album penuh mereka ‘Penebusan’ yang masih belum mempunyai tarikh keluar. Berbeza daripada EP mereka sebelum ini yang pendek-pendek durasinya, ‘Buktikan’ dan trek-trek lain daripada ‘Penebusan’ dijangka mempunyai tempoh durasi lebih panjang (dan normal) namun masih berkisar tentang tema personal struggles berbaurkan motivasi.

Harap kau orang boleh relate dengan struggle ini and know that you are not alone!

‘Buktikan’ yang dirakam di iseekmusic menjadi satu cabaran untuk Hutch dan rakan-rakan memandangkan ini adalah rakaman pertama mereka yang lengkap. Single ini mengambil inspirasi daripada veteran-veteran Melodic Hardcore Punk domestik dan antarabangsa seperti Comeback Kid, Kids On The Move, Breakin’ Chains, Have Heart, Bane antaranya. Silap-silap ada yang jadi nostalgik dengan stail camni yang meledak sekitar mid-2000!

Memetik daripada HVW sendiri yang berkata “Harap kau orang boleh relate dengan struggle ini and know that you are not alone!’, mereka mengajak pendengar semua untuk sama-sama layan dan jadi lebih bersemangat menghadapi hidup ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected